Larangan Wajib Patuh Jika Menjadi Mangsa Rogol - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Larangan Wajib Patuh Jika Menjadi Mangsa Rogol

Share

Sebut saja mengenai rogol, pastinya setiap wanita tidak mahu merasai pengalaman seburuk itu. Kejadian rogol dan gangguan seksual boleh berlaku dimana-mana sahaja. Samada wanita itu menutup aurat atau tidak ia masih boleh berlaku. Rogol atau perkosa ini akan meninggalkan mangsa dengan banyak kecederaan dari segi mental dan fizikal.

Bukan sahaja wanita bujang menjadi mangsa rogol, malah wanita yang sudah berkahwin juga boleh menjadi mangsa. Dalam erti kata lain, kes rogol  dan serangan seksual sudah menjadi tidak terkawal di dunia ini.

Jadi apakah larangan yang perlu kita ketahui andainya kita menjadi mangsa rogol . Di sini kami kongsikan beberapa larangan penting yang wajib kita ketahui :

1.Mandi

Kalau boleh jangan mandi. Ye betul kita merasa sangat kotor dan jijik akan apa yang telah jadi. Tetapi larangan ini bagi membantu proses pengesahan air mani yang ada di kemaluan. Ia perlu dilakukan melalui teknik “Hair Combing”

“Hair Combing” bermakna pengesahan air mani dan pengesahan gentian fiber.

Manakala teknik kedua pula ialah “Hair Plucking”. Ia bermakna mencabut rambut di kepala dan mencabut bulu di bahagian kemaluan untuk dijadikan sample

2.Gosok Gigi

Jangan sesekali gosok gigi kerana tindakan ini akan menghapuskan bukti yang ada di badan anda. Antaranya air mani dan darah jika berlaku seks oral serta air liur pelaku

3. Makan Dan Minum

Tujuan lebih kurang sama seperti larangan gosok gigi, ia bagi membantu untuk mengesan air mani jika berlaku seks oral ke atas mangsa dalam masa 72 jam

 

4.Tukar Pakaian

Anda sangat dilarang untuk menukar pakaian yang anda pakai semasa hari kejadian terutamanya seluar. Ini bagi mengesan air mani pada “sanitary pads” dan seluar dalam

Jika anda terpaksa menukar pakaian, sila simpan pakaian tersebut (termasuk pakaian dalam) untuk dibawa ke hospital. Mungkin air mani beserta DNA pelaku masih ada pada baju.

 

5. Jangan tunggu lebih 74 jam untuk membuat laporan

Jangan tunggu !! Terus pergi berjumpa doctor atau polis untuk membuat laporan kerana pada masa itu bukti yang ada sangat kuat dan kukuh. Ini kerana jika anda datang seminggu selepas kejadian kemungkinan bukti dan kesan sudah hilang. Ini akan menyukarkan proses penyiasatan pihak polis

Diharap langkah-langkah ini dapat membantu anda untuk bersedia dalam apa jua keadaan. Ingat ! Jaga diri ! Jangan keluar berseorangan. Lebih baik mencegah dan sediakan apa-apa alatan untuk bela diri jika kejadian tidak diingini berlaku.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!