Lelaki Ke Perempuan Yang Patut Bayar Masa First Date? - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Lelaki Ke Perempuan Yang Patut Bayar Masa First Date?

Share

Isu bayar membayar ni tak habis-habis. Untuk pertama kali berdating, mungkin boleh consider lelaki yang akan keluarkan duit. Tapi yang perempuan jangan demand. Nak makan tempat mahal, nak surprise, nak shopping eh macam-macam pula. Cuba ikut flow si lelaki dulu. Dalam masa yang sama, lelaki pun boleh tengok macam mana bakal girlfriend anda punya perangai.

Dah berjumpa, mestilah makan kan? Bila part order macam tak ingat dunia, bila nak bayar jadi serba salah. Artikel ini khas untuk yang first time dating sahaja, yang dah couple bertahun tu, mesti dah pandai budget kan? So, kepada anda yang nervous nak dating tu, boleh baca etika untuk pertama kali dating. Banyak membantu tau!

Bersedia

Sebagai lelaki, mereka akan mula langkah untuk mengajak anda makan malam atau keluar. Untuk pertama kali, selalunya pihak lelaki akan sanggup bayar. Biasalah baru nak memikat. Tapi perempuan, jangan ambil mudah! Anda juga perlu bersedia dengan wang yang cukup. Kot-kot si lelaki itu tertinggal dompet? Tak cukup wang? Atau dia perlu membahagi bill? Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Jangan terlalu bergantung kepada lelaki yang anda baru kenal. Ok?

 

Pilih Restoran

Opps! Jika si dia tanya ‘nak makan mana?’ atau ‘nak makan apa?’. Jangan sesekali anda sebut tempat makan mahal atau high-end restaurant. Paling penting jangan ajak pergi makan fast food. Nampak macam tak best je. Cuba bermanis-manis sikit. Jika si dia sudah ada tempat makan yang dirancang, ikutkan saja. Mungkin restoran yang dia pilih tu adalah restoran kegemaran dia. Kalau tidak, cadangkan tempat makan yang biasa sahaja.

 

Berhati-Hati Semasa Order

Sudah memilih restoran sesuai, jangan order makanan yang terlalu mahal. Anda tidak kenal secara mendalam lelaki itu, jangan buat si dia rasa ‘takut’ dengan anda. Pilih makanan yang sedang-sedang sahaja. Kesianlah juga lelaki tu. Anda juga tidak pasti pertemuan kali pertama ini akan menjadi kali terakhir atau akan kekal sampai bila-bila. Tidak manis sekiranya anda tidak serasi tapi duit dia banyak habis untuk anda.

 

Offer Untuk Bayar

Ok, ini tips penting. Walaupun anda tahu si dia itu akan membayar makanan tapi jangan nampak sangat yang anda keluar kerana nak makan free. Jangan pula tanya direct siapa yang perlu keluar duit, anda hanya perlu bersama-sama dia ke kaunter pembayaran atau semasa meminta bill, bagi hint anda bersedia untuk membayar. Kalau si dia betul-betul gentleman, dia akan terus bayar tanya hiraukan anda. Tapi sekiranya dia tidak menghalang, jangan pula anda judge! Bagitahu dia yang anda bersedia untuk split the bill.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!