Lelaki Perlu Buat Kerja Rumah, Bukan Duduk Macam Raja Je! - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Lelaki Perlu Buat Kerja Rumah, Bukan Duduk Macam Raja Je!

Share

Sejak PKP lagi topik buat kerja rumah hangat dibincang sampai boleh bawa gaduhlah. Lagi-lagi adik-beradik duduk sebumbung. Yang perempuan tak puas hati asyik kena buat kerja rumah je, bangun awal, masak dan semualah. Yang lelaki pula boleh bangun lewat, bangun, makanan dah tersedia, tidur, main game. Wow! Siapa tak membara, kan?

Memang secara logiknya perempuan yang buat tapi takkan lelaki langsung tak boleh sentuh atau tolong? Apa beza lelaki dengan perempuan? Kenapa lelaki perlu diajar menguruskan kerja rumah juga? Baca sekarang!

Tanggungjawab

Perempuan secara amnya memang kena tahu buat kerja rumah berbanding lelaki. Tapi mengapa tanggungjawab ini diserahkan lebih kepada perempuan sahaja? Sepatutnya lelaki yang kena lebih bertanggungjawab menguruskan hal rumah. Anak lelaki, suami dan ayah. Yes! Memang kena ringan tulang sikit buat kerja rumah. Jangan harapkan perempuan je.

 

Menghargai

Ada sesetengah lelaki menganggap kerja rumah adalah kerja mudah dan remeh. Yela, cuci pinggan, angkat baju, basuh baju, lipat baju, masak, mengemas, kalau nak listkan memang teramat banyak. Tapi, masih ada lagi lelaki yang rasa semua tugasan ini simple! Jadi, mereka pun boleh bersenang-lenang, tau-tau settle. Ha, sebenarnya lelaki ini jenis tak faham kepenatan perempuan buat kerja rumah. Jadi, mereka tak hargai pun apa yang perempuan buat. Cuba sehari buat kerja rumah, rasa sikit penat tu.

 

Makan Hati

Bila penat buat kerja rumah lepas tu kena marah pula. Tapi tengok adik-beradik lelaki berlunjur kaki je, siapa tak bengang, kan? Dari situ, anak perempuan mula makan hati, mula pandai mengungkit, buat kerja tak ikhlas. Untuk elakkan perkara ini berlaku, apa kata bahagikan tugas. Perempuan buat kerja di dapur, lelaki buat kerja yang berat-berat. Kerjasamakan lebih penting.

 

Contoh Keluarga

Selalunya perempuan akan berusaha jadi yang terbaik untuk masa depan. Nak masak untuk suami, nak berhias cantik untuk suami, nak meringankan beban suami. Tapi lelaki? Kenapa tak berusaha untuk memudahkan isteri untuk masa akan datang? Sedangkan lelaki adalah ketua keluarga satu hari nanti. Takkan pandai mengarah isteri je nanti. Diri sendiri tak tahu buat kerja.

 

Berdikari

Lelaki ke perempuan ke kena pandai berdikari. Bukan alasan perempuan duduk dapur, lelaki cari duit di luar. Tak! Zaman sekarang semua orang cari duit, semua orang juga perlu pandai buat kerja rumah. Kalau pandai berdikari untuk diri sendiri je, di rumah manja-manja orang buatkan semua benda. Tak boleh juga, ok?

 

Hentikan Stereotaip

Ubah yang biasa. Normalizekan lelaki buat kerja rumah. Bila lelaki buat kerja rumah, jangan judge mereka ‘lembut’ dan tidak macho. Ubah fikiran dengan lelaki buat kerja rumah lebih gagah dan seksi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!