Lelaki Pun Ada Perasaan Insecure Terhadap Girlfriend! - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Lelaki Pun Ada Perasaan Insecure Terhadap Girlfriend!

Share

Kita selalu dengar perempuan yang selalu insecure dengan kekasihnya. Takut teman lelaki curang, mata keranjang, menggatal di tempat kerja dan macam-macam lagi! Ada yang sampai bergaduh disebabkan perkara remeh.

Sebenarnya lelaki pun ada perasaan insecure terhadap pasangan mereka. Cuma mereka tak se’over’ perempuan dan boleh mengawal perasaan. Jadi, kalau nampak teman lelaki anda lain macam je, faham-faham la ye. Tapi sebab apa lelaki insecure?

Pengalaman Lepas

Bukan tak move on, tapi berhati-hati. Kadang kala lelaki over protective terhadap diri sendiri ni ada sebabnya. Bukan tidak yakin terhadap anda tetapi dia pernah mengalami pengalaman pahit ketika bersama bekas kekasih. Jadi, anda juga perlu berhati-hati dan jaga tingkah laku. Ada masa mereka agak agresif, yakinkan si dia bahawa anda bukan seperti bekas kekasihnya.

Tidak Yakin

Lelaki tidak suka kalah! Anda tidak bercerita pasal bekas kekasih sebelum mengenali si dia. Tetapi si dia ingin tahu mengapa anda terpikat dengan bekas kekasih. Dia akan meneliti kisah anda dalam masa yang sama dia cuba membandingkan dirinya. Bahaya juga sikap macam ni, nanti anda terkena tempias. Tapi jangan risau, jika anda hargai si dia pasti tiada masalah.

Tidak Terima Nasihat

Sebagai teman wanita pasti anda mahukan perubahan yang baik terhadap teman lelaki. Masalah sekarang, lelaki susah untuk terima nasihat lebih-lebih lagi daripada teman wanita. Mereka merasakan anda tidak dapat menerima kelemahan dirinya. Sedangkan anda inginkan yang terbaik. Salah faham ini sering menjadi punca perbalahan. Masing-masing mempunyai kehendak tersendiri, cuba belajar menerima dan memberi untuk hubungan yang berkekalan.

Cara Pergaulan

Walau serapat mana pun seorang perempuan dengan kawan lelaki, tolong jaga batas anda! Anda mesti marah jika teman lelaki anda mempunyai kawan perempuan yang rapat sampai bertepuk tampar. Sama juga dengan lelaki, mereka tidak selesa melihat kemesraan persahabatan teman wanitanya dengan lelaki lain. Maklumlah sudah pun berlainan jantina, sedikit sebanyak akan mengganggu emosi si dia.

Overthinking

Tengok, bukan perempuan je yang overthinking. Lelaki pun sama. Insecure ini berpunca daripada tidak yakin. Si dia tidak yakin yang anda setia, lagi-lagi masa berjauhan. Pelbagai perkara negatif akan timbul. Janganlah bergaduh tanpa sebab, yakinkan dia. Tapi, jangan ambil kesempatan pula!

Maxi Dress

Tiba masanya dress untuk wanita berhijab! Maxi dress biasanya direka labuh sehingga kaki. Pakaian ini sesuai untuk majlis tidak rasmi. Ia sangat selesa dan mudah. Anda tidak perlu effort yang tinggi untuk maxi dress kerana ia sudah kelihatan menarik dan lembut. Tambahkan sedikit rantai labuh untuk nampak lebih bersedia.

Midi Dress

Midi dress adalah gabungan daripada maxi dan mini dress. Sekiranya anda tidak pasti dengan status acara, anda digalakkan memakai midi dress untuk selamat. Ia juga sesuai dipakai bila-bila masa.

A-Line Dress

Dress paling selesa dan mudah! Boleh dipakai ketika santai dan cuaca panas. Dress ini sesuai untuk tubuh berbentuk pir kerana menonjolkan bahu yang kemas, lebih feminin dan ruang pada bahagian bawah.

Bell-Sleeve Dress

Dress ini mempunyai design seakan loceng pada bahagian lengan, tidak kira lengan labuh atau pendek. Rekaan baju ini sama seperti dress lain tetapi kelainan yang ditonjolkan adalah pada bahagian lengan sahaja.

Denim Dress

Acara santai dan tidak perlu bersiap lebih tetapi bosan untuk pakai seluar jeans. Masa terbaik anda memilih denim dress yang comel. Terdapat banyak jenis denim dress. Pelbagaikan gaya denim anda mengikut majlis dan tempat yang anda kunjungi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!