);

Type to search

Bae & Beauty Trend

Lokasi Best OOTD Area Klang Valley

Share

Macam bosan je kalau nak OOTD mesti cari tempat plain dan luas. Apa kata korang tukar sikit selera. Sebenarnya banyak je port nak bergambar area KL ni. Tak semestinya kena pergi taman atau KLCC.

Cuba explore KL, mesti jumpa tempat best taklah boring pergi tempat yang sama je bila nak bergambar. So, jom pergi tempat best untuk bergambar dan lepak. Lepas ni kencanglah gambar Instagram korang, kan?

Bukit Bintang

Dalam lorong-lorong Changkat tu sebenarnya ada mural yang cantik untuk bergambar. Mestilah kena pergi siang hari, kalau malam tak nampak pula. So, bolehlah korang bergambar sakan dekat Changkat tu, siang tak sesak sangat dengan orang ramai.

 

Batu Caves

Batu Caves sekarangkan dah cantik. Cuba korang OOTD dekat sana, tangga yang pelbagai tone warna dan persekitaran semula jadi dan unik.

 

Eko Rimba KL

Lokasi Taman Eko Rimba KL ni betul-betul dekat dengan Menara KL. Kalau pergi kira 2 in 1. Boleh melawat Menara KL lepas tu jalan-jalan dekat Taman Eko Rimba pula. Jangan tak tahu tengah-tengah KL ada hutan cute yang boleh menenangkan korang. Udara segar dan ada jambatan gantung. Best sangat, pergilah!

 

Tamarind Square

Dekat Putrajaya juga cuma konsep lebih semula jadi dan rustic. Orang pun tak ramai, bolehlah korang lepak dekat sana dan ambil gambar sampai puas. Dekat sini juga ramai yang bergambar lepas konvokesyen, pre wedding atau saja nak cantikkan feed Instagram.

 

Astaka Morocco

Kalau nak feeling arabic sikit, boleh pergi Astaka Morocco dekat Putrajaya. Konsep seni bina bangunan memang mirip macam dekat Maghribi. Susunan jubin berwarna-warni, ukiran dan pintu gerbang yang menarik.

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!