);

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Long Distance Relationship Semakin Hambar? Ini Petanda Untuk Tamatkannya

Share

Tak semua orang bernasib baik dapat lihat kesayangan hati setiap hari secara bersemuka, dating tiap hari, lunch bersama setiap hari. Ada pasangan yang terpaksa memilih untuk berhubungan jarak jauh. Bukan kehendak mereka sebenarnya, kadang-kadang long distance relationship (LDR) disebabkan pasangan terpaksa berpindah atas urusan kerja, sambung belajar, urusan keluarga dan macam-macam lagi. Jadi, terpaksalah bercinta antara dua benua.

Siapa je nak berjauhan dengan kesayangan hati, berat hati menahan rindu. Belum termasuk cemburu melihat pasangan di sekeliling seronok berdating sedangkan diri sendiri nak jumpa setahun sekali pun susah. LDR memerlukan asas kepercayaan serta kesefahaman yang kukuh memandangkan dugaan datang silih berganti. Namun ada juga yang berjaya mempertahankan hubungan, ada juga kecundang di tengah jalan. Jika LDR semakin hambar, jangan buang masa ucap saja selamat tinggal.

Sudah Mula Hilang Kepercayaan

Percaya atau tidak, kepercayaan sering diuji bagi pasangan yang LDR. Mana tidaknya, hanya mampu melepaskan rindu menerusi panggilan telefon, panggilan video, mesej dan scroll media sosial pasangan sahaja. Paling tak best, tengah stalk Instagram boyfriend, eh ada pula perempuan lain komen yang agak mencurigakan, setiap gambar pasangan anda dia like. Ish!

Mestilah anda rasa nak meletup, bukan? Mulalah insecurities muncul dalam diri, overthinking, worst mengesyaki pasangan curang. Selepas itu, sure gaduh teruk. Macam mana kepercayaan tu nak kekal?

Bertepuk Sebelah Tangan

Penatlah asyik sebelah pihak je yang bersungguh-sungguh mempertahankan hubungan. Anda yang beria memulakan perbualan, mengirim hadiah merentas bandar mahupun benua tetapi yang seorang lagi langsung tak menghargai effort atau langsung tak tunjuk effort. Sekiranya hubungan boleh diselamatkan, bawa berbincang terlebih dahulu. Sekiranya tidak, sila angkat kaki daripada hubungan toksik seperti itu. Bak kata orang putih ‘you are born not to pleased anyone’ atau ‘giving too much and hurt too much

Tiada Rancangan Masa Depan

Come on, sampai bila nak LDR? Bercinta ni kena ada future planning, kalau tiada rancangan tidak kemanalah hubungan tersebut. No progression! Contohlah, salah seorang bersedia nak pindah ke tempat pasangan tetapi pasangan lebih suka mengelak dari membincangkan hal tersebut dan selesa dalam situasi LDR. Nampak sangat sebelah pihak je yang beria, sudah lah jangan buang masa hantar sahaja text ‘Selamat Tinggal Selamanya’.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!