Lupakan Kenangan Lalu, Ini Cara Mudah Untuk Move On! Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Lupakan Kenangan Lalu, Ini Cara Mudah Untuk Move On!

Share

Melupakan kisah lalu memang susah. Lagi-lagi sudah bertahun anda bersama si dia. Asyik teringat, rindu dan bersedih. Bila kawan-kawan tanya, anda boleh cakap sudah move on tetapi pada hakikatnya anda masih mengharapkan sesuatu yang ajaib akan tiba.

Move on juga ada caranya dan bergantung kepada individu itu sendiri. Come on sudah tahun 2020 anda perlu menjalani kehidupan yang gembira, bukan meratapi kenangan lalu. Jom baca cara move on untuk kembalikan kegembiraan anda.

Ambil Masa

Perkara baik mesti akan mengambil masa. Walau apa pun berlaku, anda perlu perlahan-lahan melatih diri untuk lupakan perkara lalu. Jangan gunakan orang lain untuk melupakan kekasih lama anda. Pastikan anda betul-betul bersedia untuk membuka hati kepada orang lain. Setiap orang mempunyai pengalaman dan cara yang berbeza. Jangan desakkan diri untuk bercinta dengan orang baru ia akan membawa padah. Jaga diri dan sentiasa berfikiran positif!

Kembali Ke Jalan Yang Benar

Haa, siapa bercinta sampai lupa diri? Ada hikmah anda tidak lagi bersama si dia. Pencipta lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Mungkin anda terlalu leka, inilah masanya ada muhasabah diri dan perbaiki hubungan denganNya. Berdoa untuk dikurniakan jodoh yang lebih baik dan dimurahkan rezeki.

Jaga Kesihatan

Semasa bercinta, waktu tidur anda mungkin tidak teratur. Sering tidur lambat kerana bertelefon sehingga lewat malam dan terpaksa bangun awal untuk menjalankan tugas harian. Dating di pusat membeli-belah, makan dan menonton wayang. Tukar semua rutin harian anda! Tidur awal untuk elakkan overthinking dan bersedih. Pastikan tidur anda cukup dan berkualiti. Penuhi jadual harian anda dengan pergi ke gym atau berjogging. Anda pasti kepenatan dan tiada masa untuk berfikir perkara lain. Anda juga akan semakin cantik dan sihat.

Hargai Diri Sendiri

Putus cinta adalah bukan satu pengakhiran hidup. Sayangi diri anda dan lakukan yang terbaik untuk diri sendiri sebelum jadi terbaik kepada orang lain. Masih ramai yang putus cinta dan bertindak di luar kawalan. Tunggu dulu, jangan tunjukkan bahawa anda tidak boleh hidup tanpa dia. Gunakan cara revenge yang terbaik seperti mencantikkan diri, kejar cita-cita dan jalani kehidupan anda dengan lebih indah.

Berdikari

Setelah sekian lama apa saja aktiviti yang anda buat mesti ada teman. Termasuklah isi minyak kereta! Mulai sekarang, belajar berdikari. Tahukah anda, seorang wanita yang boleh berdikari melambangkan harga diri. Maksudnya tanpa lelaki, wanita juga boleh hidup. Jadi refresh diri anda untuk menjadi wanita yang tidak bergantung harap kepada sesiapa. Secara tidak langsung, anda nampak berani dan lebih ‘mahal’.

Jangan Stalk

Berhenti mengambil tahu tentang dia! Lawan perasaan rindu. Pada permulaan memang sukar untuk berhenti. Mesti gatal tangan mahu stalk media sosial si dia. Tolong jangan buang masa anda. Mungkin si dia sedang bersuka ria bersama kekasih baru. Mengapa anda perlu sakit hati untuk memantau aktiviti dia? Sekarang anda boleh cari crush baru untuk stalk.

Cuba Perkara Baru

Gunakan masa lapang anda dengan mencuba benda baru. Jika anda tidak pernah mencuba aktiviti lasak, apa kata pada hujung minggu anda cabar dan beranikan diri untuk sertai aktiviti lasak. Macam-macam aktiviti lasak yang sudah ada di Malaysia seperti mendaki bukit, water rafting dan paragliding. Untuk pertama kali, anda tidak mempunyai pengetahuan mengenai aktiviti tersebut maka, di situ anda telah memberi sepenuh perhatian untuk pelajari perkara baru. Mana tahu, ia menjadi sukan kegemaran anda pula.

Keluar dan Bergembira

Terperap di dalam bilik akan menambahkan sendu di hati. Elakkan berseorangan yang akan mengganggu emosi anda. Bersiap dan keluar dengan kawan-kawan atau keluarga. Tidak perlu pergi bercuti jauh-jauh, hanya bersantai dan nikmati air coklat di kedai hipster pun sudah memadai. Inilah masanya anda meluangkan masa bersama kawan dan keluarga.

Buang Kenangan

Ini adalah salah satu perkara yang berat untuk dilakukan terutama membuang gambar anda berdua dan pemberian yang istimewa dari dia. Mungkin ia akan mengambil masa, jangan paksa diri anda. Kuatkan semangat dan tekad untuk meneruskan kehidupan yang baru. Jika tidak mahu buang, simpankan barang dalam kotak dan letak di bawah katil. Lama-kelamaan anda akan lupa dan tidak menghiraukan perkara tersebut.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!