Makan Pedas Boleh Kurus? 8 Makanan Terbaik Untuk Orang Sihat Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Makan Pedas Boleh Kurus? 8 Makanan Terbaik Untuk Orang Sihat

Share

Kisah gaya hidup sihat ni takkan habis selagi ramai penduduk Malaysia mempunyai masalah berat badan atau obesiti. Menu diet selalu dikaitkan dengan harga yang mahal, penyediaan yang susah dan tidak menyelerakan. Makanan diet bukan seperti yang korang fikir. Kadang kadang menu diet lebih sedap daripada menu harian biasa yang korang makan.

Penyediaan yang mudah dan harga yang berpatutan. Badan pun jadi sihat! Lagi satu, diet bukan kawal kalori makanan je, sekali sekala buat juga aktiviti riadah untuk tingkatkan stamina tubuh. Apa yang susah sangat? Haa, ini beberapa menu diet yang korang boleh ikut. Sedap pun sedap, sihat pun dapat. Takkan rugi!

Avokado

Ala avokado memang sinonim dengan menu diet. Banyak khasiat. Campurkan avokado dalam hidangan salad. Selain itu, ia boleh dijadikan pengganti minyak zaitun! Baru betul betul gaya pemakanan yang sihat, kan?

 

Yogurt

Yogurt bukan makan waktu pagi je. Untuk snek malam pun boleh. Ia tidak memudaratkan jadual diet korang, malah meningkatkan metabolisme pula. Untuk menambah perisa dalam yogurt, masukkan buah buahan dan kisar. Sedapnya! Terasa lemak yogurt dan manis buah.

 

Seed

Makan banyak seed. Beberapa tahun lepas, chia seed menjadi rebutan kerana khasiatnya. Bukan chia seed je korang boleh makan, banyak lagi pilihan lain seperti selai kacang, buah zaitun dan beberapa jenis kacang. Seed boleh dihidang dalam smoothie dan yogurt. Ia megandungi serat, omega-3 dan protein yang memberi kesan positif pada sistem kardiovaskular dan kuatkan imun badan.

 

Kulit Lemon

Kulit lemon pahit! Tapi mengandungi hampir tiga kali ganda lebih banyak vitamin C daripada isi lemon. Zat bioflavonoid membantu mengurangkan kesan alergi dan kuatkan sistem imun. Kulit lemon sering dijadikan pelengkap menu seperti salad dan hidangan daging.

 

Kopi Coklat

Sesuai kepada penggemar kopi coklat. Kalau sehari tak dapat hot cocoa coffee, boleh jadi lemau badan. Tapi pastikan tidak mengambil secara berlebihan tau! Koko mengandungi antioksidan semula jadi yang disebut flavonoid. Ia membantu mengalirkan darah ke kulit untuk lebih elastik, berkilat dan menyegarkan.

 

Kentang Bakar

Ramai orang suka kentang bakar atau baked potato ni sebab rasa dia memang sedap, tak tipu!. Bukan sedap je, apabila kentang dibakar khasiat kentang tidak hilang dan mendorong membuang perkumuhan yang berlebihan dalam badan. Masukkan dalam baked potato dalam menu diet korang tu.

 

Cili Benggala

Sebenarnya cili benggala banyak vitamin C. Asid askorbik yang ada dalam cili benggala membantu meningkatkan kolagen kulit. Pada tangkai cili benggala mempunyai vitamin yang tinggi. Lepas ni, makan sekali dengan tangkai okay? Jangan buang!

 

Makan Pedas

Masukkan elemen pedas dalam menu harian korang. Kalau jenis tak makan pedas, janganlah buat pedas sangat nanti tak makan pula. Level pedas mengikut kemampuan masing masing. Makan pedas membantu mempercepatkan metabolisme dan membakar lemak dalam badan. Makan pedas pedaskan sedap.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!