Makan Ulam Untuk Mengekalkan Awet Muda Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Makan Ulam Untuk Mengekalkan Awet Muda

Share

Orang dulu-dulu makan nasi panas dengan ulam pun sihat dan masih bertenaga. Mengapa zaman sekarang macam-macam hidangan tapi banyak penyakit yang datang? Sebenarnya ulam-ulaman adalah rahsia penjagaan kesihatan dan antara makanan yang boleh mengekalkan awet muda. Di samping anda bersenam dan diet, makan ulam-ulaman yang sangat mudah untuk didapatkan. Paling menarik, anda boleh tanam ulam-ulaman di rumah.

Ulam juga dipercayai boleh melancarkan proses penghadaman dan pencernaan. Pelbagai jenis ulam ada, yang berbau, yang tidak berbau, yang boleh dicelur atau rebus dan boleh makan begitu sahaja. Anda juga boleh makan dengan sambal tempoyak, belacan, budu dan macam-macam lagi. Mudahkan? Sebenarnya banyak ulam-ulaman yang ada, ini antara ulam yang boleh dijadikan hidangan harian anda.

Petai

Ulam ini terkenal dengan baunya. Walaupun ramai yang tidak selesa dengan bau petai, tetapi ia mampu menjaga kulit wajah anda. Kandungan tryptophan yang terdapat dalam petai dapat menurangkan masalah stress. Sesiapa yang mempunyai masalah kurang zat juga digalakkan makan petai.

Jering

Sama seperti petai. Berbau dan rasanya sedikit pahit yang sedap. Jering mempunyai khasiat yang boleh mengawal kadar gula dalam darah, bantu menguatkan tulang dan masalah anemia.

Jantung Pisang

Jantung pisang mestilah dapat daripada pokok pisang. Ada sesetengah orang panggil bunga pisang. Ia membantu mengelakkan sembelit dan kaya serat seperti karbohidrat, protein dan vitamin. Fiber yang tinggi akan melancarkan sistem pencernaan. Hidangan mudah untuk jantung pisang hanya perlu direbus atau dicelur.

Rebung

Menu paling popular rebung adalah masak lemak. Rebung sebenarnya sesuai dijadikan ulam. Kalori yang rendah dalam serat boleh mengurangkan berat badan, baiki proses pencernaan dan pergerakan usus. Rebung mengurangkan kolesterol dan menghindari daripada penyakit jantung.

Peria Katak

Rasa pahit adalah salah satu penawar untuk menjaga kesihatan. Ulam ini kaya dengan vitamin C yang merupakan mikronutrien penting untuk membantu pembentukan tulang dan menyembuhkan luka. Vitamn A untuk menggalakkan tahap kesihatan kulit dan penglihatan. Untuk elakkan rasa pahit, peria katak boleh digoreng bersama ikan bilis atau taucu.

Kacang Bendi

Antara khasiat kacang bendi adalah mengurangkan masalah sembelit, merawat ulser dan meningkatkan tahap kesuburan. Bukan itu sahaja, kacang bendi mempunyai vitamin C untuk menggalakkan daya imun ketahanan badan. Yang paling penting adalah kandungan vitamin A, B dan C yang sesuai untuk ibu mengandung dan dijadikan makanan tambahan serat dan asid folik.

Kacang Botol

Kacang botol, botor atau kelisa digalakkan makan mentah selepas dicuci bersih. Sesuai juga kepada anda yang tengah diet kerana kandungan kalori yang rendah. Kacang botol melambatkan proses penuaan, mencegah masalah penglihatan dan yang penting mengurangkan berat badan. Ulam ini mengandungi kalsium dan fosforus untuk menguatkan tulang.

Ulam Raja

Ada yang mengatakan ulam raja adalah raja segala ulam. Antara khasiat ulam raja memberikan kesan awet muda kerana ia membantu menambahkan kandungan oksigen dalam darah untuk keanjalan kulit dan melicinkan kulit. Selain itu, ia mempunyai vitamin A dan antioksidan yang boleh mengurangkan kesan penuaan dan bantu menjaga kesihatan penglihatan.

Pegaga

Ulam ini sangat mudah didapati dan juga mudah untuk ditanam. Pegaga boleh makan begitu sahaja dan juga dibuat jus. Air rebusan pegaga dipercayai boleh menaikkan seri wajah.

Pucuk Ubi

Kandungan asid amino dalam pucuk ubi untuk memulihkan luka dan kulit yang bermasalah. Ia juga mempunyai kalori yang rendah sesuai untuk menurunkan berat badan. Khasiat lain seperti mengurangkan sakit kepala dan meredakan masalah cirit-birit.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!