Makin Tua Makin Banyak Benda Berubah. 6 Perubahan Ketara Apabila Umur Semakin Lanjut - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Makin Tua Makin Banyak Benda Berubah. 6 Perubahan Ketara Apabila Umur Semakin Lanjut

Avatar
Share

Bila umur semakin meningkat, semakin senja semakin tinggi macam macam perubahan berlaku pada fizikal dan mental. Tengok sahaja ibu bapa dan atuk nenek. Perubahan ketara adalah muka dan kulit.

Satu lagi, muka mereka yang sudah lanjut ni jenis muka kesian. Macam manalah ada orang sanggup pukul dan dera mereka. Sebagai anak, kita kena tahu perubahan yang berlaku apabila semakin tua. Janganlah marah dan banyakkan bersabar. Nasib kita pun tak tahu macam mana nanti.

Ketahanan Badan

Perasan tak orang tua susah nak demam dan selesema. Melainkan sakit tua. Mereka kurang diserang demam sebab ketahanan badan sudah matang. Wanita yang mempunyai masalah migrain akan mula berkurang. Lebih lebih lagi bila sudah melepasi fasa menopause.

 

 

Badan Lemah

Pemakanan sihat sangat penting! Kalau tak, umur baru 35 dah mula rasa badan tak kuat. Otot dah bertukar jadi lemak, perut makin ke depan dan cepat penat bila melakukan aktiviti berat. Pada 75 tahun, jumlah lemak akan bertambah dua kali ganda. Takutnya!

 

 

Deria Rasa Tak Peka

Lingkungan usia 60-an, deria rasa semakin tidak peka. Bila mereka makan, akan terasa tawar je. Jadi mereka akan menambah perisa dalam makanan mengikut selera mereka. Ini sangat bahaya! Sebagai anak atau orang yang lebih muda, pantau diet harian ibu bapa.

 

 

Muka Berubah

Biasalah bila dah tua, muka mestilah berubah. Lainlah kalau buat pembedahan plastik. Normalnya, muka akan berubah sebab kehilangan kelembapan kulit dan garis penuaan termasuk di leher dan tangan. Bila tak ada kelembapan kulit, terhasilkan kedutan di muka. So, mulai sekarang rajinkan diri pakai pelembap kulit untuk nampak awek muda sentiasa.

 

 

Saiz Otak Mengecil

Kalau otak mengecil akan memberi kesan kepada individu tersebut. Mereka akan mudah hilang memori dan tidak ingat beberapa perkara terutama perkara yang baru terjadi. Bukan macam hilang ingatan tau, tapi ingat yang perlahan lahan semakin pudar. Biasanya terjadi pada golongan yang berusia 60 tahun ke atas, bergantung pada tahan kesihatan seseorang. Sebab itu pentingnya menjaga kesihatan dari awal!

 

 

Size Badan Rendah

Makin lama, makin tua. Makin banyak sendi dan tulang tak sekuat dulu. Memang kajian mengatakan tumbesaran seseorang terhenti dalam lingkungan 20 tahun ke atas. Apabila menjelang usia semakin lanjut, sendi yang menyambung tulang semakin lemah. Kalau perasan ibu bapa kita nampak kecil. Secara purata lelaki yang berusia 70 tahun akan turun ketinggian sebanyak satu inci, perempuan pula 2 inci.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!