Masalah Body Odor, Pilih Deodoran Yang Sesuai Untuk Hilangkan Bau! - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Masalah Body Odor, Pilih Deodoran Yang Sesuai Untuk Hilangkan Bau!

Share

Tipulah kalau tak pernah ada masalah bau ketiak seumur hidup. Paling tak, masalah ni timbul masa nak membesar atau sekolah menengah. Tapi ada juga yang berlarutan sampai dewasa. Masalah ini normal tapi akan buat seseorang tidak yakin dengan diri sendiri.

Penyebab utama masalah bau badan, atau dikenali juga sebagai body odor (B.O). Punca bau B.O adalah campuran peluh dengan bakteria pada kulit. Ia menyebabkan bau yang kurang selesa terutama pada orang sekeliling. Walaupun sudah pakai deodoran, tapi masih bermasalah. Kenapa? Adakah masalah daripada badan anda atau salah pilih deodoran? Pengguna Twitter @syafiq_baha memberi honest review terhadap deodoran yang sudah dicuba. Mari!

@syafiq_baha juga menyatakan beberapa masalah ketiak yang biasa dialami setiap orang.

Antiperspirant (AP) vs Deodoran

AP menghalang peluh dari keluar, deodoran boleh membantu untuk mencegah punca bau ketiak. AP menghentikan peluh, deodoran pula mengelakkan punca bau. Bahan asas AP adalah aluminium yang sering dikaitkan dengan punca penyakit, manakala deodoran dikatakan lebih natural dan selamat.

Antara jenama yang telah dicuba oleh @syafiq_baha. Ada baik dan ada buruknya. Anda boleh baca dan pilih mana paling sesuai dengan kulit.

 

Tips Ketiak Segar Dan Wangi

Gunakan produk deodoran yang menggunakan bahan semula jadi. Kulit lebih selamat, tidak berlaku iritasi atau mengalami kesan sampingan. Untuk menghilangkan bau ketiak, guna tawas atau tea tree oil. Sesiapa yang mempunyai masalah ketiak gelap, gosokan lemon atau castor oil sekurang-kurangnya seminggu dua kali. Kalau anda sering gatal ketiak, guna peppermint oil. Untuk elakkan bahagian lengan baju bertukar menjadi kuning, jangan guna deodoran yang mengandungi bahan aluminum chlorohydrate.

Buatlah pilihan yang bijak. Selamat mencuba guys!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!