Masalah Period Yang Korang Kena Tahu. Kalau Ada Salah Satu, Dapatkan Rawatan Segera Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Masalah Period Yang Korang Kena Tahu. Kalau Ada Salah Satu, Dapatkan Rawatan Segera

Share

Haid, datang bulan atau period memang tak dapat dielak oleh semua perempuan. Cukup waktu kitaran, lapisan tisu pada uterus atau rahim akan gugur. Jika disenyawakan, tisu tersebut akan kekal pada rahim dan akan berlaku kehamilan. Kalau tidak, tisu akan gugur dan keluar daripada faraj.

Tetapi tak semua perempuan mempunyai kitaran haid dan jumlah darah yang normal. Untuk tidak berlaku kekeliruan, amalkan mencatat setiap kali datang period dan habis period. Jika berlaku sebarang masalah, senang nak explain pada doktor. Kenali jenis jenis masalah period.

Metroragia

Kitaran period tidak tetap dan jarang. Period datang mungkin setiap tiga hingga enam minggu sekali. Punca metroragia daripada stress, kadar tiroid rendah atau hormon yang tidak menentu.

 

Oligomenorea

Jumlah darah period yang sikit dan tidak teratur. Ada juga yang period dua kali setahun sahaja. Biasa berlaku pada gadis yang baru mengalami period dan wanita yang hampir menopause. Antara punca oligomenorea seperti diabetis, stress, penyakit tiroid, kanser rahim atau ovarium.

 

Polimenorea

Period terlalu kerap. Period tidak mengikut kitaran betul dan boleh berlaku setiap dua hingga tiga minggu atau kitaran kurang daripada 21 hari. Ia berpunca daripada tidak keseimbangan hormon, gangguan pemakanan, penurunan berat badan secara berlebihan atau terlalu aktif.

 

Menoragia

Pendarah yang banyak semasa period. Keadaan ini berterusan sekurang-kurangnya tujuh hari semasa period. Darah tidak berkurang. Puncanya adalah hormon tidak stabil, penyakit genetik, gangguan pada ovari atau kesan ubat sampingan yang diamalkan.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!