Memilih Baju Mengikut Jenis Bentuk Badan - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Memilih Baju Mengikut Jenis Bentuk Badan

Share

Pemakaian adalah mencerminkan identiti seseorang.

Tidak semua baju sesuai dengan bentuk badan.

Walaupun pemilihan pakaian hak masing-masing tapi apa salahnya anda memberikan gambaran yang baik kepada orang yang memandang.

Terdapat 5 jenis bentuk badan yang biasa anda lihat.

Mari kenali bentuk badan supaya memudahkan anda semasa membeli-belah di kedai atau ‘online’.

Berlian
‘Diamond’ mempunyai ciri pinggul atau perut yang lebih besar berbanding bahagian dada.

Oleh itu, anda perlu mengelakkan dari memakai warna terang dan corak yang terlalu menyerlah.

Anda boleh memakai pakaian warna gelap dan bercorak sederhana untuk menampakkan badan lebih kurus.

Elakkan memakai ‘dress’ berpinggang, sebaiknya memakai ‘vest’ yang terbuka untuk nampak lebih kurus.

Kualiti
Pentingkan kualiti beg tangan kerana anda tidak memakai dalam jangka masa pendek.

Beg tangan boleh digunakan bertahun lamanya dan boleh di bawa ke merata tempat. Pastikan kualiti dari segi jahitan, material yang digunakan dan rajinkan diri membaca testimoni mengenai beg tangan tersebut.

Jangan nampak cantik sahaja tetapi hanya boleh guna 2 bulan.

Jam Pasir
Dikenali sebagai ‘hourglass’. Bentuk badan ini adalah bentuk badan idaman bagi setiap wanita.

Pinggang yang langsing dan mempunyai pakej bentuk badan sempurna.

Tidak mempunyai banyak masalah untuk memilih pakaian.

Bebas untuk memakai apa sahaja corak dan fabrik tapi untuk menampakkan kesan tinggi dan langsing anda boleh memilih ‘dress’ sequin, peplum atau lace dan menggayakan dengan kasut tinggi.

Strawberi
Strawberi atau segi tiga terbalik menjadi idaman wanita selain bentuk badan jam pasir.

Bentuk badan ini mempunyai ciri bahagian atas lebih besar berbanding bahagian bawah.

Jadi, anda perlu kurangkan corak di bahagian atas.

Anda boleh memakai skirt potongan A dan bercorak yang mendatar untuk seimbangkan bentuk badan.

Pemakaian seluar palazzo sangat digalakkan dan baju yang bercorak garis menegak.

Fabrik yang sesuai dengan bentuk badan ini adalah fabrik lembut dan halus.

Pilihlah warna-warna yang gelap dan lebih ‘natural’ di bahagian atas untuk mengelakkan daripada kelihatan lebih besar.

Epal
Bentuk epal mempunyai ukuran pinggang sama atau lebih besar daripada pinggul.

Perut dan pinggul besar seakan buah epal ini tidak digalakkan memakai baju yang ketat.

Baju yang longgar membantu menutup bahagian pinggang.

Pilih corak bebas tetapi elakkan memilih corak bergaris horizontal atau melintang yang menampakkan kelebaran badan anda.

Material yang lembut dan tidak memerlu memakai aksesori yang berat.

Pilihan warna gelap sering menjadi pilihan kerana memberi kesan sedikit langsing kepada anda.

Pear
Ciri-ciri badan pear adalah kecil di bahagian dada dan mempunyai pinggul yang besar.

Pemilik badan seperti pear amat beruntung kerana aset terbaik adalah pinggang tetapi sesetengah orang yang memiliki bentuk badan pear mempunyai leher yang jinjang, paha yang besar selari dengan bahu dan lengan yang kurus.

Kurangkan corak pada bahagian pinggul ke bawah.

Elakkan memakai skirt labuh dan blaus panjang kerana anda kelihatan lebih lebar.

Elakkan menambah pelapik bahu yang tebal.

Anda boleh meminta pelapik yang paling nipis atau tiada pelapik kerana bahu anda kelihatan lebih besar dan tinggi.

Pilih warna yang terang di bahagian atas dan warna yang lebih gelap untuk pinggul ke bawah.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!