Merancang Pesta Bujang Sebelum Berkahwin - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Merancang Pesta Bujang Sebelum Berkahwin

Share

Musim cuti panjang akan tiba. Pastinya jadual hujung minggu anda penuh dengan jemputan ke majlis perkahwinan.

Mungkin ada antaranya adalah teman baik anda. Jangan lepaskan peluang untuk meraikan kegembiraan bakal pengantin bersama teman-teman yang lain.

Kehidupan perkahwinan akan berbeza sama sekali, rancang aktiviti yang menyeronokkan untuk rakan anda sebelum menamatkan zaman bujangnya.

Ikuti tips merancang pesta bujang bersama teman-teman anda.

Tarikh Dan Masa

Perkara paling penting adalah tarikh dan masa. Anda perlu pastikan semua yang terlibat sudah lock tarikh dan masa yang ditentukan. Jangan memilih tarikh terlalu awal dari majlis perkahwinan rakan anda, nanti hilang rasa keseronokan dan kenangan untuk pengantin.

Tetapi anda juga tidak boleh rancang dengan tarikh yang terlalu hampir dengan majlis kerana pengantin akan sangat sibuk untuk menguruskan majlisnya. Jika anda merancang untuk ke luar negara, bincang tarikh dan lokasi yang ingin dituju. Untuk jadikan pesta ini sebagai kenangan yang paling indah, rahsiakan tujuan percutian daripada bakal pengantin itu.

Jemputan

Tidak semestinya pesta bujang ini diraikan dengan teman rapat sahaja. Anda boleh menjemput ahli keluarga atau rakan sepejabat si pengantin untuk memeriahkan majlis.

Tapi ingat, jemputan mestilah atas persetujuan bakal pengantin. Tidak salah jika pengantin ingin mengajak bakal suaminya ke pesta bujang, anda juga boleh mengajak rakan-rakan si bakal suaminya.

Tema

Tema dipilih mengikut kreativiti anda. Anda juga boleh bertanyakan kepada pengantin apakah tema yang dia inginkan atau anda boleh melihat apa aktiviti yang digemari. Pastikan tema yang dipilih membuatkan bakal pengantin akan mengingati pesta bujangnya sampai bila-bila.

Sesetengah bakal pengantin lebih gemar aktiviti dalaman seperti berspa, memasak bersama rakan atau menghabiskan masa bersama di dalam bilik yang berhias. Ada juga yang gemar dengan aktiviti luar seperti melancong, mendaki bukit atau berkhemah. Jadi, pilih tema mengikut citarasa bakal pengantin.

Bajet

Merancang pesta bujang bukan semudah yang disangka. Pastikan yang terlibat dapat memberi kerjasama yang baik. Komunikasi, berbincang dan memberikan sumbangan adalah perkara yang penting.

Jangan sesekali melibatkan bakal pengantin dengan masalah kecil, bincang bersama teman lain dengan perancangan perbelanjaan yang betul.

Aktiviti

Jika pesta bujang anda dan teman-teman di dalam sebuah bilik yang dipenuhi hiasan yang sweet dan comel, sediakan beberapa permainan atau aktiviti yang menarik.

Elakkan bermain telefon bimbit sahaja, ia akan menimbulkan suasana yang bosan dan tidak memberi kenangan yang indah kepada bakal pengantin. Sediakan aktiviti yang menarik seperti berdandan sesama sendiri, menyediakan permaianan atau menonton filem.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!