Mi Note 10 Lite - Buat Wanita Yang Mementingkan Gaya Hidup'Trendy' Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Pilihan Bae & Beauty Pilihan Editor Trend

Mi Note 10 Lite – Buat Wanita Yang Mementingkan Gaya Hidup’Trendy’

Share

Bagi penggemar fesyen semestinya pemilihan pakaian, aksesori dan penampilan diri memainkan peranan terutamanya berada di luar rumah. Kalau boleh, setiap pergerakan dan penampilan mestilah up-to-date dengan trend masa kini. Namun, pernahkah terfikir yang telefon pintar juga mampu menyerlahkan gaya si pemakai?

Nak selfie, nak ambil gambar “Outfit of the Day” (OOTD) dengan warna yang terang dan jelas untuk muat naik ke media sosial – mestilah kena ada telefon pintar dengan pelbagai fungsi kamera yang gempak!

Tagline Trendy Icon with Superb Camera

Buat anda yang tercari-cari telefon pintar yang sesuai dengan gaya hidup ‘trendy’, Xiaomi telah melancarkan telefon pintar baharu, Mi Note 10 Lite yang didatangkan dalam pilihan warna elegan seperti Nebula Purple, Glacier White dan Midnight Black yang tampak seksi – pasti menyerlahkan gaya hidup aktif pemiliknya.

Dengan tagline Trendy Icon with Superb Camera, keupayaan kamera pada telefon pintar ini sangat mengagumkan.

Dilengkapi 64MP AI Quad Camera dengan fungsi SONY IMX686, warna dan detail pada gambar yang dihasilkan sangat jelas.

Dengan kemampuan kamera pada Mi Note 10 Lite, nak rakam gambar OOTD untuk muat naik ke Instagram pun mudah. Tak perlu banyak mengedit untuk hasil gambar yang stunning.

Selfie kelihatan semula jadi dengan tona kulit yang sekata dan warna yang jitu pada pada pakaian dan persekitaran. Tak perlu guna filter yang mengarut lagi. Menarik, kan?

Turut disertakan adalah fungsi rakaman video 4K dan kemampuan merakam futej gerak perlahan pada kelajuan 960fps. Barulah kreatif bila ada variasi rakaman slow-mo pada video anda!

Tidak ketinggalan, mod Vlog yang dikhususkan untuk manghasilkan kualiti vlog terbaik dengan hanya satu klik.

Mi Note 10 Lite didatangkan dengan skrin melengkung 3D AMOLED sebesar 6.47 inci. Bahagian belakang telefon adalah kaca melengkung 3D yang memberikan keselesaan dan tampak kemas apabila dipegang.

Kapasiti storan adalah sebesar 128GB dengan memori 8GB RAM. Mi Note 10 Lite dibekalkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 730G bagi menjamin kelancaran operasi.

IMG_0683

Battery Long Lasting

Jangan risau, bateri pun tahan lama. Mi Note 10 Lite dilengkapkan dengan bateri 5260mAh + 30W Pengecasan pantas.

Jangka hayat bateri adalah lebih dari 2 hari dengan pengecasan pantas 64 minit dari 0 hingga 100%. Dengan bateri sebesar ini, anda tidak perlu lagi usung powerbank! Nak buat vlog sepanjang hari pun tak ada masalah.

Telefon pintar Xiaomi Mi Note 10 Lite sesuai bagi wanita yang ingin mengeksperesikan gaya terkini. Dari rambut hingga ke kaki menyerlahkan estetika dan nilai setiap pelengkap fesyen.

Kamera yang menghasilkan gambar lebih cantik tidak kira apa jua situasi menjadikan setiap momen sangat berharga untuk disimpan sebagai kenangan.


Mi Note 10 Lite dijual pada harga RM1,599 dan boleh didapati di semua stor Mi yang sah. Pembelian juga boleh dibuat melalui Lazada dengan hanya klik pada link https://bit.ly/3flsLIp


Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!