Nak Jimat Punya Pasal, Habis Rosak Muka. 7 Bahan Yang Menyebabkan Kulit Semakin Breakout! - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Nak Jimat Punya Pasal, Habis Rosak Muka. 7 Bahan Yang Menyebabkan Kulit Semakin Breakout!

Share

Nak cantik tapi dalam masa yang sama nak jimat. Boleh, korang boleh buat rawatan muka di rumah menggunakan bahan yang ada je. Tidak ada masalah pun. Nak cantik ni bukan kena ada duit banyak je, rajin pun kena ada.

Tapi tak semua bahan di rumah boleh dibuat mask, scrub atau alternatif untuk dapatkan kulit yang licin dan sihat. Ada bahan yang boleh menyebabkan kulit korang breakout teruk nanti. Kulit muka ni lembut, kalau korang letak bahan sebarangan ia mudah rosak dan susah nak rawat semula. Jangan macam macam ya. Baca tujuh bahan yang dilarang letak pada kulit!

Garam Dan Gula

Kekasaran garam dan gula tidak sesuai untuk bibir. Walaupun sudah banyak masker bibir yang dibuat daripada gula, tapi sebenarnya akan merosakkan permukaan bibir. Lagi teruk kalau korang letak masker gula pada bibir lepas tu tonyoh kuat kuat, ia akan menjejaskan kelembutan kulit dan boleh luka. So, jangan buat lagi, okay?

 

Baking Soda

Siapa pernah buat mask campuran madu dengan baking soda? pH baking soda sangat tinggi yang boleh menyebabkan kulit korang terbakar dan merah merah. Jangan guna baking soda sebagai inisiatif untuk hilangkan jerawat.

 

Kulit Kayu Manis

Kalau letak kulit kayu manis pada jerawat, sure pedih! Tapi memang banyak petua kecantikkan menggunakan kulit kayu manis untuk menghilangkan jerawat, pigmentasi dan bintik hitam. Betul, tapi kalau guna secara berlebihan boleh merosakkan kulit.

 

Bawang Putih

Bawang putih banyak fungsi untuk badan, kurangkan tekanan darah, kurangkan serangan sakit jantung dan macam macamlah. Tapi tidak untuk kecantikkan, letak bawang putih pada jerawat membuatkan kulit terbakar dan tinggalkan kesan parut.

 

Lemon

Sifat lemon mempunyai asid yang kuat dan membantu mencerahkan kulit gelap seperti lutut, ketiak, belakang leher dan tumit. Tapi tidak kepada muka! Photoxic yang terkandung dalam lemon akan membuatkan kulit mudah terbakar dan sensitif kepada cahaya matahari.

 

Cuka

Ada ke orang buat cuka sebagai toner? OMG! Jangan! Cuka adalah asid dan menyerap air. Kalau korang buat jadi toner, kering muka nanti.

 

Ubat Gigi

Bila ada jerawat, letak ubat gigi pada jerawat hasil nampak cepat. Jerawat semakin kecut dan kering. Sebenarnya ubat gigi ni tak elok letak pada muka, lagi lagi pada jerawat tu. Bahan yang terkandung dalam ubat gigi menyebabkan keradangan kulit, mengelupas dan merah. Kalau korang jenis kulit sensitif lagi bahaya! Kulit boleh terbakar kalau banyak kali sangat guna tips ini. Ubat gigi untuk gigi sahaja!

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!