Nampak 'Gorgeous' Selepas Cuti Bersalin Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Nampak ‘Gorgeous’ Selepas Cuti Bersalin

Share

Semua wanita selepas bersalin mengidamkan bentuk badan asal ataupun bentuk badan yang lagi cantik daripada sebelum mengandung.

Kebanyakkan ibu lepas bersalin akan menjaga makan dan ikut setiap pantang sebaik mungkin kerana inilah masanya untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini.

Sememangnya cabaran untuk menjaga makan dan berpantang sangatlah besar demi mendapatkan impian si ibu, mari tengok tips kembalikan bentuk badan selepas bersalin.

Rehat
Selepas bersalin rahim memerlukan 6 hingga 8 minggu untuk proses mengecutan ke bentuk asal. Dalam masa ini juga badan akan mengeluarkan air yang berlebihan.

Pastikan anda betul-betul sihat dahulu sebelum melakukan aktiviti berat takut nanti perkara yang tidak diingini berlaku.

Rehat secukupnya dan jangan banyak bergerak. Berehat akan membantu metabolisma badan menjadi seimbang dan kurangkan makan makanan yang tinggi paras gula dan kalori.

Jangan terlalu ghairah untuk nampak cantik, jaga diri juga penting.

Gaya Hidup Sihat
Menjalani gaya hidup sihat bukan kepada ibu lepas bersalin sahaja.


Para suami juga boleh mengambil kesempatan ini untuk melakukan aktiviti sihat bersama.


Kardio adalah cara terbaik untuk mendapatkan semula tenaga dan stamina yang telah hilang selama proses mengandung dan bersalin.

Suami boleh bantu isteri dan bersama-sama mendapatkan bentuk badan asal. Isteri cantik, suami pun segak.

Fasa Kedua
Fasa penerunan berat badan secara terus atau ‘Ongoing Weight Loss’. Semasa proses fasa kedua ini, berat badan anda akan menurun tetapi tidak secepat fasa pertama kerana anda akan mula mengambil sumber karbohidrat dalam menu seharian.

Tambah kekacang, buah-buahan yang rendah karbohidrat, yogurt dan keju. Tetapi anda masih tidak boleh mengambil gula!

Jaga Pemakanan
Seperti biasa, kalau mahukan badan yang cantik anda perlu makan sayur-sayuran, buah-buahan, bijiran dan protein tanpa lemak untuk memberi tenaga yang berpanjangan.

Elak minum minuman yang sejuk, banyakkan minum air suam.
Anda boleh mengambil vitamin sampingan seperti vitamin c dan habbatussauda.

Penambah Berat Badan
Jika anda timbang berat anda, jangan terkejut dengan berat badan yang semakin naik.

Perkara biasa apabila kalori yang terbakar dan otot anda semakin terbentuk.


Jangan berenti berusaha lagi, senaman yang berpanjangan membantu anda mendapatkan badan yang ideal.

Menyusu
Siapa cakap menyusu bayi menambahkan berat badan? Tahukah anda bahawa menyusukan bayi lagi cepat turunkan berat badan sekaligus mengecutkan rahim, bayi pun semakin sihat.

Jangan terlalu cepat berhenti menyusukan bayi. Susukan bayi selagi boleh.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!