Nostalgia Bedak Nyonya. Rahsia Kebaikan Bedak Nyonya Yang Ramai Tak Tahu - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Nostalgia Bedak Nyonya. Rahsia Kebaikan Bedak Nyonya Yang Ramai Tak Tahu

Avatar
Share

Siapa ingat bedak Nyonya? Bedak Nyonya ni nama sebenar dia bedak Samfong. Orang dulu-dulu suka sangat pakai bedak ni. Dekat almari make up mesti ada sekotak.

Disebalik untuk cantik cantik sebelum keluar rumah, bedak Nyonya ni ada kebaikan tersendiri. Bukan setakat cantik je tau! Ada rahsia lain dengan bedak Nyonya ni yang dikongsikan oleh @withlovehanis di Twitter! Apa lagi, jom!

Pada 1889, Chan Chow Tong menetap di China telah menghasilkan bedak unik ini. Kilang bedak Samfong berada di Hong Kong. Kemasukan bedak Samfong ke Malaysia selepas Perang Dunia Kedua menerusi Syarikat Sam Fong (M) Sdn. Bhd.

Penggunaan bedak Nyonya ini sangat terkenal pada satu ketika dahulu. Rupa rupanya bukan setakat bedak biasa, tapi ada rahsia disebalik bedak ini.

 

Compact Powder

Selepas make up, sapukan sedikit bedak Nyonya sebagai ‘lock ‘untuk semua make up yang korang pakai. Jangan pakai banyak banyak tau! Nipis saje.

 

Bedak Sejuk

Ambil sedikit bedak Nyonya dan campurkan dengan air suam. Kacau sampai pekat. Kemudian, sapu pada seluruh muka. Pakai sebagai rutin. Mesti kulit korang cantik.

 

Base Make Up

Pakai nipis bedak Nyonya ni sebelum mulakan make up. Boleh sapu nipis sebelum pakai foundation. Ini adalah antara teknik supaya make up tahan lama.

 

Cabut Bulu

Pakai bedak sebelum cabut bulu? Jarang dengar, kan? Sapu dulu bedak Nyonya ni sebelum cabut bulu kening. Lebih mudah!

 

Matikan Kutu

Ada yang mengatakan bedak Nyonya boleh matikan kutu. Cubalah!

 

Redakan Gatal

Kalau korang gatal gatal pada kulit atau ada ruam. Sapu bedak ini. Seeloknya buat pada waktu malam sebelum tidur.

Terasa rugi pula kalau tak cuba. Sekarang, bedak Nyonya keluarkan dua jenis, putih dan pinkish. Pilih mana korang suka.
Bolehlah beli satu!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!