Panggil Pasangan 'Mucuk' Nampak Sweet Ke Cliche? Ketahui Sebab Mengapa Panggilan Manja Sangat Penting Dalam Hubungan - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Panggil Pasangan ‘Mucuk’ Nampak Sweet Ke Cliche? Ketahui Sebab Mengapa Panggilan Manja Sangat Penting Dalam Hubungan

Share

Panggilan manja untuk pasangan bukan masa bercinta je, ia kena teruskan sampai ke anak cucu. Masa bercinta macam macam panggilan untuk memanggil pasangan. Abang, sayang, baby, cutie, manja eh banyaklah! Tapi bila dan berumah tangga panggilan manis macam tu semakin hilang. Punca utama adalah malu kalau anak anak dengar.

Apa masalahnya kalau anak anak dengar? Kan dah menunjukkan satu contoh yang baik. Walaupun sudah lama berkahwin vibe bercinta tu masih segar dan sweet je.

Manja

Kalau panggilan manis itu diteruskan, sifat manja pasangan tidak akan pudar. Malah akan bertambah tambah manja seiring dengan usia perkahwinan.

 

Romantik

Panggilan berunsurkan manja ini menambah seri romantik dalam hubungan. Bukan antara pasangan je, ia juga memberi kesan kepada anak anak. Mereka akan melihat kasih sayang antara ibu bapa. Secara automatik, anak anak pun didik untuk menyayangi antara satu sama lain.

 

Emosi

Jika teruskan memanggil nama manja pasangan, emosi pasangan akan sentiasa terkawal. Keakraban yang dimiliki susah untuk dileraikan. Sebagai contoh, jika bergaduh tetapi masih memanggil nama manja, level marah tidak akan sampai maksimum. Ia juga akan meredakan hati yang tengah membara. Wow!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!