Pasangan Anda Kaki Game? Selamatkan Hubungan Kekeluargaan Dengan Cuba Langkah Ini - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Pasangan Anda Kaki Game? Selamatkan Hubungan Kekeluargaan Dengan Cuba Langkah Ini

Share

Rasanya pasangan yang gemarkan video game bukan perkara yang luar biasa. Ia tidak menjadi masalah jika anda dan pasangan masih tidak berkahwin.

Tapi akan menjadi masalah besar jika anda sudah mendirikan rumah tangga. Jangan biarkan perkara ini berlarutan dan kronik. Semakin lama anda biarkan, semakan parah hubungan anda bersama suami.

Sebagai isteri, atasi masalah ini dengan cara yang lemah-lembut supaya suami tidak rasa dihalang atau marah kepada anda.

Nasihat

Pada permulaan, nasihat suami supaya luangkan masa bersama keluarga. Buatkan satu peraturan atau hadkan masa untuk bermain game.

Tetapkan waktu bermain game dan selebihnya suami perlu melayan anda dan anak-anak.

Jangan Sertai Suami

Nampak seperti pasangan yang sweet dan sporting kerana sanggup bermain game bersama suami. Tetapi perkara ini akan bertambah buruk jika anda sudah mempunyai anak.

Anak akan terbiar, anda dan suami tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

Luahkan Perasaan

Sekali-sekala anda luahkan perasaan kepada suami. Bagitahu suami yang anda rindukan dia kerana dia terlalu banyak menghabiskan masa mengadap video game sampai mengabaikan anda dan anak.

Katakan kepada suami bermain game tidak memberikan faedah malah akan mengeruhkan lagi hubungan kekeluargaan.

Jumpa Kaunselor

Jangan anda tidak tahu, perkara ini boleh menjadi semakin teruk sehingga memerlukan pakar kaunseling untuk menasihati anda dan suami. Jika suami masih lagi tidak berubah, anda perlu berjumpa kaunselor untuk ceritakan masalah rumah tangga.

Dapatkan nasihat dan pandangan pakar untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Game Atau Keluarga

Anda perlu tegas dalam hal ini kerana tanggungjawab keluarga bukan sepenuhnya kepada si isteri. Berikan suami kata dua, adakah dia lebih menyanyangi game atau keluarga.

Berikan kesedaran kepadanya bahawa dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!