Pasangan Lebih Muda, Ikuti Tips Ini - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Trend

Pasangan Lebih Muda, Ikuti Tips Ini

Share

Zaman sekarang pasangan jauh lebih muda tidak asing lagi. Tidak kira perempuan atau lelaki yang lebih muda, tiada kesalahan dan tiada dalam undang-undang anda perlu berpasangan dengan orang yang lebih tua. Yang pasti anda dan pasangan bahagia dan bijak menguruskan hubungan antara satu sama lain. Sebagai contoh artis wanita tempatan yang berkahwin dengan pasangan yang lebih muda seperti Fazura dan Fattah Amin, Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

Mungkin di antara anda yang sedang dilamun cinta dengan pasangan yang lebih muda. Ada perkara yang anda perlu tahu untuk menjaga hubungan dan perasaan sayang antara satu sama lain. Baca dan praktikkan dalam kehidupan.

Lapangkan Dada

Perkara ini masih lagi dianggap ‘pelik’ lebih-lebih lagi kepada orang dulu-dulu. Orang dahulu beranggapan bila berpasangan yang terlalu muda tidak akan bahagia dan mempunyai banyak masalah. Jadi, mahu tidak mahu anda terpaksa sabar dan bertenang jika ada kritikan dan persoalan yang diajukan. Kawal emosi dan berikan jawapan yang paling manis. Jangan lupa minta mereka doakan yang terbaik untuk hubungan kalian.

Fokus

Jangan terlalu fokus kepada perbezaan umur antara kalian. Contohnya, pasangan anda lebih tua dan si dia sentiasa merasakan dirinya betul. Cuba anda nasihat dan berbincang dengan baik untuk elakkan perkara ini berlaku. Selain daripada umur, banyak lagi perkara yang lebih penting untuk dibincangkan. Tidak semestinya yang lagi tua itu matang, cara pemikiran dan tingkah laku bergantung kepada keperibadian seseorang bukan umur!

Memberi dan Menerima

Erti kata lain, bertolak-ansur. Apabila perbezaan umur yang ketara, secara automatik cara pemikiran, minat dan hala tuju berbeza. Kunci untuk mengelakkan berlaku pergaduhan, anda dan pasangan perlu memberi dan menerima seadaanya. Cuba memahami minat pasangan dan pelajari apa yang pasangan anda mahukan. Mungkin lama-kelamaan anda juga terjebak dengan minatnya. Selain itu, anda boleh berkongsi dan bertukar pendapat mengenai minat masing-masing.

Jangan Mengongkong

Disebabkan anda lebih tua, anda rasa anda berhak untuk mengawal pergerakan dan aktiviti pasangan. Tidak! Jangan sesekali mengongkong pasangan tidak kira tua atau muda. Bersikap adil dan kerjasama dalam hubungan sangat diperlukan. Untuk mendapatkan hubungan yang lebih lama, percaya antara satu sama lain dan sentiasa berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah. Jangan lari daripada masalah, selesaikan dengan baik.

Masa Depan

Isu ini sering terjadi apabila perempuan yang lebih tua daripada lelaki. Memang menjadi masalah kepada perempuan jika umur meningkat tetapi masih lagi tidak nampak jalan ke arah perkahwinan. Sabar. Jangan terlalu memaksa pasangan anda. Takut nanti si dia fed up dan tinggalkan anda. Apa kata anda dan pasangan bersama-sama cuba berusaha untuk ke arah yang lebih serious. Si dia mesti faham dengan keadaan anda. Doakan yang terbaik.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!