Pelbagaikan Menu Anak Kecil Menggunakan Nasi Sejuk - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Pelbagaikan Menu Anak Kecil Menggunakan Nasi Sejuk

Share

Jika nasi yang tidak habis semalam tidak basi lagi, jangan dibuang dahulu. Tahukah anda nasi sejuk mempunyai prebiotik yang menguatkan usus anak kecil.

Usus yang sihat akan membantu meningkatkan imunisasi kepada kanak-kanak.

Sebelum anda membazir, sediakan sajian yang kretif dan berkhasiat. Cuba menu yang boleh menarik perhatian si kecil tanpa membazir.

Apom Nasi Pandan

-Ayak 3 sudu tepung gandum dan 3 sudu tepung beras di dalam mangkuk.
-Masukkan setengah yis segera
-Kisar dan tapiskan segenggam nasi dan air pandan.
-Masukkan nasi yang sudah dikisar sedikit demi sedikit dalam campuran tepung sampai adunan menjadi agak cair dan likat.
-Biarkan selama sejam.
-Buatkan bentuk bulat kecil dan kukus selama 15 ke 20 minit.
-Sebagai pemanis apam, letakkan sedikit puree kurma.

Kale Rice Cake

-Campurkan nasi, telur dan letakkan sedikit sayur kegemaran si kecil.
-Masukkan ke dalam muffin tray.
-Bakar 180c selama 20 minit.
-Nasi Pancake Kelapa
-Masukkan dua sudu tepung kelapa dan sebiji telur.
-Gaulkan bersama nasi.
-Buat bulatan leper seperti pancake biasa. Masak di atas kuali leper.

Jemput-Jemput Nasi

-Campurkan nasi, bawang merah, isi ayam dan sedikit air, kisar sampai lumat.
-Isi ayam boleh digantikan dengan ikan bilis atau udang.
-Masuukan tepung ke dalam bahan yang dikisar dan gaul sehingga sebati.
-Buatkan bentul bulat-bulat kecil masukkan ke dalam minyak.

Cabonara Rice

-Nasi, isi ayam, keju parut, telur, kubis bunga dan susu. Kisar sampai lumut.
-Tumiskan cendawan, lobak merah dan cili bangala yag sudah dicincang halus.
-Jika anda tidak mahu gunakan sayuran seperti di atas, gunakan sayuran dan bahan yang anak anda gemari.
-Gaul bahan yang siap dikisar dengan sayuran.
-Masukkan dalam muffin tray.
-Bakar selama 30 ke 45 minit dengan 180c.

Crispy Rice Patties

-Gunakan sesenduk nasi, sebiji telur dan sayuran kegemaran si kecil.
-Masukkan sedikit daun bawang dan tomato untuk memberikan warna dalam hidangan.
-Untuk penambah perisa, masukkan sedikit serbuk ikan bilis dan serbuk bawang putih.
-Gaulkan sebati.
-Gunakan senduk untuk jadikan leper. Goreng kedua-dua belah sampai garing.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!