Peluk Ada Makna, Ini Maksud Pelukan Yang Memberi Makna Dalam Sebuah Hubungan - Verst );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Peluk Ada Makna, Ini Maksud Pelukan Yang Memberi Makna Dalam Sebuah Hubungan

Share

Memeluk pasangan dengan kerap dapat membantu mengurangkan stress, menambahkan perasaan sayang dan mengeratkan hubungan. Ia bukan sahaja untuk pasangan bercinta malah memeluk rakan-rakan juga memberikan kesan positif dalam sesebuah persahabatan.

Macam-macam jenis pelukan yang ada. Setiap pelukan membawa maksud yang berbeza. Yang mana satu cara pelukan yang pasangan anda selalu lakukan?

Pelukan Persahabatan

Pelukan ini hanyalah berdasarkan hubungan bersama rakan. Tiada hubungan istimewa dan keintiman antara keduanya. Sekadar melepaskan rindu yang sudah lama tidak berjumpa.

Pelukan Berkumpulan

Group hug! Pelukan yang paling seronok bila bersama rakan-rakan mencapai satu kejayaan yang diusahakan bersama. Sebagai contoh, anda dan rakan-rakan lulus peperiksaan akhir, mencapai target kerja dan yang paling best adalah salah seorang rakan anda akan berkahwin! Ia juga seperti berkongsi kegembiraan dan keikhlasan sebuah hubungan persahabatan.

Pelukan Brotherhood

Biasalah kalau lelaki berjumpa rakan lelaki mereka. Dari jauh sudah mendengar jeritan yang menggambarkan kegembiraan mereka bila bertemu. Pelukan ini hanya melibatkan bahagian atas tubuh, tidak memandang mata masing-masing dan menepuk belakang badan rakan mereka. Cara ini mewujudkan hubungan yang akrab antara mereka.

Pelukan Satu Tangan

Ini pelukan santai antara pasangan. Sambil berdiri menikmati pemandangan, sambil duduk berbual kosong. Ia menandakan kemesraan dan kasih sayang antara pasangan. Lebih manis jika wanita menumpang kepala pada bahu pasangannya! 

Pelukan Manja

Selalunya pelukan manja ini diiringi dengan kata-kata yang membelai jiwa. Romantik dan ada yang mampu membuatkan pasangan menitiskan air mata terharu. Pelukan ini menandakan anda dan pasangan masih hangat dilamun cinta. Buatlah selalu pasti pasangan anda jatuh cinta setiap hari.

Pelukan Erat

Pelukan erat sering berlaku dalam drama atau movie. Berlari dari jauh dan si lelaki bersedia untuk memeluk pasangannya sambil mengangkat tubuh wanita itu. Sebenarnya ini adalah pelukan yang paling dinantikan setiap wanita kerana pelukan ini rasa begitu dekat di hati, mesra, romantik dan menambahkan perasaan sayang.

Pelukan Dekat Di Hati

Peluk erat adalah pelukan yang ikhlas dan paling romantik. Mengapa pelukan ini dekat di hati? Ini kerana si suami memeluk pasanganya dan melingkari tangan di belakang badan dan di pinggul. Sementara isteri memeluk suami dengan memberi tekanan lembut pada tubuh sambil menyandarkan kepala pada bahu atau dada suami. Dengupan jantung suami membuatkan anda tenang dan semakin sayang.

Peluk Dari Belakang

Seronoknya tengah masak tiba-tiba ada orang peluk dari belakang. Sweet sangat! Pelukan dari belakang membawa maksud sayang yang tidak perlu diucap. Pasangan anda bersedia untuk menggalas tanggungjawab dan melindungi anda sekeluarga. Bukan lelaki sahaja yang layak memeluk isteri dari belakang, isteri juga boleh memeluk suami dari belakang menandakan anda akan selalu menyokong dan membantunya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!