Pemilihan Beg Tangan Yang Sesuai Perlulah Dengan Cara yang Betul - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Pemilihan Beg Tangan Yang Sesuai Perlulah Dengan Cara yang Betul

Share

Tidak sah wanita keluar tanpa beg tangan. Walaupun hanya ke mamak. Ramai wanita mempunyai koleksi beg tangan untuk pelengkap gaya diri.

Pelbagai warna, jenis material dan bentuk sudah tersusun di rumah. Malah, jenama dan harga beg tangan juga tidak kurang hebatnya.

Memilih beg tangan ke majlis rasmi atau tidak adalah melambangkan identiti seorang wanita.

Ikuti senarai cara memilih beg tangan.

Majlis
Semestinya anda perlu tahu sesuatu majlis sebelum mengenakan beg tangan.

Jika anda ke majlis rasmi, pilih beg tangan yang mempunyai unsur elegan dan material daripada kulit untuk menaikkan imej anda sebagai seorang wanita yang ‘mahal’.

Jika anda ke majlis santai, anda boleh memakai ‘sling bag’ kerana ia memberikan kebebasan bergerak dan mudah dibawa.

Kualiti
Pentingkan kualiti beg tangan kerana anda tidak memakai dalam jangka masa pendek.

Beg tangan boleh digunakan bertahun lamanya dan boleh di bawa ke merata tempat. Pastikan kualiti dari segi jahitan, material yang digunakan dan rajinkan diri membaca testimoni mengenai beg tangan tersebut.

Jangan nampak cantik sahaja tetapi hanya boleh guna 2 bulan.

Harga
Bergaya mengikut kemampuan anda. Jangan sanggup meminjam orang semata-mata mahu nampak kaya.

Biarpun banyak jenama yang terkenal dan menjadi rebutan di pasaran, anda perlu tahu harga yang mampu milik.

Jangan risau, jika kualiti dan material cantik ia tetap nampak mahal.

Warna
Apakah warna beg tangan anda di rumah? Hitam, coklat dan nude menjadi pilihan kerana mudah digandingkan dengan baju.

Cubalah pula warna seperti merah jambu, kuning atau hijau untuk tampilkan diri anda lebih muda dan berani.

Sebelum itu, pastikan dulu acara majlis yang anda akan hadiri.

Reka Bentuk
Pilih reka bentuk beg tangan yang ‘evergreen’ kerana anda ingin memakai untuk tempoh yang lama.

Bukan sekadar melihat kecantikkan sahaja gaya bentuk ‘trendy’ dan moden akan memberikan pandangan pertama terhadap beg tangan tersebut.

Bentuk Badan
Sedikit tips jika anda memiliki ketinggian kurang dari 6 kaki, sebaiknya memakai beg tangan yang kecil.

Jangan terlalu besar atau ‘oversize’ tapi pillih yang sedikit comel untuk anda bawa.

Pilih beg tangan mengikut ketinggian dan saiz badan anda supaya nampak lebih seimbang.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!