Pemilihan Jenis Dress Untuk Ke Majlis - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Pemilihan Jenis Dress Untuk Ke Majlis

Share

Kebanyakan daripada kita akan mencari dress bila ada majlis tertentu sahaja. Sebenarnya dress boleh dipakai bila-bila masa mengikut kesesuaian jenis tubuh, cuaca, acara dan material.

Pemilihan dress bukanlah semudah yang disangka. Terlalu banyak design dress di pasaran. Di sini, ada beberapa panduan untuk memilih dress ke acara tertentu.

Off Shoulder Dress

Dress ini direka dengan bahagian bahu terdedah tanpa tali. Sarungkan sahaja lengan pada ruffle. Dress ini sesuai di majlis ringkas dan santai.

Bodycon Dress

Dress bodycon selalunya diperbuat daripada bahan elastik yang sesuai dipakai pada acara malam. Ia membaluti ketat tubuh dan menonjolkan aset pemakai. Dress ini sesuai kepada pemilik tubuh berbentuk jam pasir kerana ia akan memperlihatkan curve badan anda!

Mini Dress

Paras kain yang agak singkat. Sesuai untuk majlis petang dan tidak formal. Mini dress sememangnya agak terdedah kerana ia menonjolkan pada bahagian kaki. Memakai mini dress sangat comel dan tidak terlalu ‘berat’ untuk ke majlis santai.

Pencil Dress

Dress ini berbentuk pensil kerana pada bahagian pinggang ke bawah akan lebih kecil berbanding bahagian atas. Ia sesuai dipakai pada majlis formal. Biasanya pencil dress tidak sarat dengan aksesoris. Ia lebih kepada elegant dan mahal.

Sheath Dress

Pakaian yang direka dengan potongan lurus dengan jahitan di pinggang yang tidak begitu ketara. Sangat sesuai dipakai di majlis perniagaan atau makan malam. Dress ini sesuai untuk golongan yang memiliki bentuk badan jam pasir.

Maxi Dress

Tiba masanya dress untuk wanita berhijab! Maxi dress biasanya direka labuh sehingga kaki. Pakaian ini sesuai untuk majlis tidak rasmi. Ia sangat selesa dan mudah. Anda tidak perlu effort yang tinggi untuk maxi dress kerana ia sudah kelihatan menarik dan lembut. Tambahkan sedikit rantai labuh untuk nampak lebih bersedia.

Midi Dress

Midi dress adalah gabungan daripada maxi dan mini dress. Sekiranya anda tidak pasti dengan status acara, anda digalakkan memakai midi dress untuk selamat. Ia juga sesuai dipakai bila-bila masa.

A-Line Dress

Dress paling selesa dan mudah! Boleh dipakai ketika santai dan cuaca panas. Dress ini sesuai untuk tubuh berbentuk pir kerana menonjolkan bahu yang kemas, lebih feminin dan ruang pada bahagian bawah.

Bell-Sleeve Dress

Dress ini mempunyai design seakan loceng pada bahagian lengan, tidak kira lengan labuh atau pendek. Rekaan baju ini sama seperti dress lain tetapi kelainan yang ditonjolkan adalah pada bahagian lengan sahaja.

Denim Dress

Acara santai dan tidak perlu bersiap lebih tetapi bosan untuk pakai seluar jeans. Masa terbaik anda memilih denim dress yang comel. Terdapat banyak jenis denim dress. Pelbagaikan gaya denim anda mengikut majlis dan tempat yang anda kunjungi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!