Penat Asyik Kena Cukur Je, Kenali Kaedah Buang Rambut Halus Yang Korang Boleh Cuba Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Penat Asyik Kena Cukur Je, Kenali Kaedah Buang Rambut Halus Yang Korang Boleh Cuba

Share

Rambut halus atau paling mudah, bulu. Bulu memang masalah bagi perempuan, kalau lelaki boleh relax lagi kot. Perempuan cepat rimas dan tak selesa langsung. Nak pulak time period. Paling tak best kalau nak pakai skirt kaki kena licin, nak pakai sleeveless ketiak kena cantik. OMG susah betul!

Okay, hari ini jom tengok cara buang segala bulu yang paling efficient. So korang boleh pilih mana yang best dan sesuai dengan kulit korang.

Cukur

Shaving memang salah satu cara menghilangkan bulu yang selalu digunakan. Cukur kaedah paling murah, cepat dan senang tapi sebenarnya tak elok untuk jangka masa panjang. Ia menyebabkan permukaan kulit jadi gelap dan bulu bertambah kasar. Cukur pun bukan tahan lama, lebih kurang sehari dua je kena cukur semula. Tapi shaver still kena ada untuk masa masa terdesak.

 

Tweezer

Okay, yang ni memang tahan lama. Masalah sekarang kena cabut satu satu. Penatnya! Sakit pula tu lagi pun kena buang masa lebih sikit. Walaupun penat tapi berbaloi cuma atas koranglah rajin ke tak.

 

Hair Removal Cream

Kalau guna cream atau foam ni, tak rasa sakit langsung dan jimat masa. Tapi bulu taklah tahan lama, sekurang kurangnya seminggu sekali kena buat. Tapi yang tak bestnya kalau selalu pakai kulit jadi makin sensitif dan merah. Kalau memang jenis kulit sensitif tak digalakkan sebab banyak chemical.

 

Wax Strips

Sakit! Sakit! Tapi boleh cabut bulu dari akar. Kalau tercabut dari akar maknanya tahan lama. Tapi sesetengah wax strips gam tak kuat so kena buat banyak kali. Part tak best kalau guna wax strips ni, sisa gam melekat pada kulit. Leceh sikit bila kena bersihkan permukaan kulit dengan baby oil.

 

Wax Madu

Sekarang dah ramai jual. Pilih je jenama yang sesuai dengan korang. Version dulu honey wax kena panaskan sebelum guna, sekarang ada yang jual dah boleh guna terus. Honey wax boleh digunakan bila bulu tumbuh panjang sikit kalau tak, ada sisa yang tak tertarik sekali. Untuk yang pertama kali guna, mungkin rasa perit sikit. Dah banyak kali guna, okaylah tu dan puas hati.

 

Epilator

Dalam banyak banyak cara, yang ni paling mahal selain pergi buat laser. Epilator yang berkualiti mesti lebih dari RM100 tapi sekali beli je lepas tu korang boleh pakai sampai bila bila. Epilator boleh dikatakan gabungan shaver dengan tweezer. Bertindak macam tweezer tapi mudah macam shaver cuma bunyi epilator ni gerun sikit. Yang penting puas hati dan licin.

 

Laser

Rawatan laser memang mahal dan ada jadual rawatan yang korang kena ikut. Tapi dengan laser bulu boleh hilang sampai akar dan kekal mati. Cuma sediakan duit je.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!