Penting Bagi Ketahui Kebaikan Pengambilan Asid Folik - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Penting Bagi Ketahui Kebaikan Pengambilan Asid Folik

Share

Pengambilan asid folik selalunya diambil oleh wanita yang ingin berkahwin dan merancang mempunyai cahaya mata.

Secara keseluruhan, 85 peratus wanita dalam Malaysia tidak mempunyai folate yang cukup dalam ujian darah. Wanita yang tidak mempunyai folate yang cukup perlu mengambil asid folik untuk merancang kehamilan.

Kebaikan Asid Folik

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B.

Ia adalah folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa jenis buah, yis dan ekstrak daging lembu yang wujud secara semula jadi.

Folat yang wujud dalam makanan boleh membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan tiub neural (NTD) seperti spina bifida.

Spina bifida menjadi pelindung saraf tunjang bayi yang tidak tertutup. Jika kekurangan asid folik, kandungan akan menyebabkan kerosakan saraf kekal.

12 minggu kehamilan, pengambilan asid folik sangat penting pada setiap hari kerana otak dan sistem saraf bayi sangat aktif berkembang.

Usia kandungan sudah mencecah minggu ke-13, anda boleh berhenti mengambil asid folik. Namun tidak menjejaskan apa-apa kesan jika anda terus mengamalkan pengambilan asid folik.

Pengambilan Asid Folik

Bukan kepada wanita yang merancang untuk berkahwin dan mempunyai cahaya mata sahaja yang boleh mengambil asid folik. Malah wanita yang berlingkungan 14 hingga 44 tahun juga boleh mengambil asid folik.

Selain itu, kaum lelaki juga boleh mengambil asid folik untuk merawat kesuburan.

Setiap wanita boleh mengambil asid folik walaupun tidak dalam keadaan hamil. Ambil 0.4 mg setiap hari. Kepada yang merancang untuk mendapatkan cahaya mata, amalkan sebelum hamil sehingga 12 minggu kehamilan.

Teruskan dengan pengambilan dos yang sama sehingga bersalin. Jika anda hamil dan mempunyai masalah kencing manis, dos yang lebih tinggi diperlukan.

Semasa fasa menyusukan bayi, ibu perlu mengambil 500 mikrogram untuk pemulihan dalaman kepada ibu.

Makanan Yang Mempunyai Folat Asid Folik

Terdapat banyak produk khas kepada wanita mengandung di pasaran yang mempunyai khasiat asid folik yang lengkap untuk membantu perkembangan kandungan dan kesihatan si ibu.

Ada juga makanan yang mempunyai khasiat asid folik seperti roti, bijirin, dan tepung.

Kesan Kekurangan Asid Folik

Tubuh anda memerlukan asid folik yang cukup. Selain daripada menjaga kesihatan kandungan dan tubuh badan semasa mengandung, ia juga berfungi untuk merawat kesuburan.

Tetapi jika kekurangan folat asid folik boleh mengakibatkan beberapa risiko penyakit seperti risiko mengalami kemurungan klinikal, dapat penyakit alergi, berpotensi untuk sakit tulang dan masalah ingatan atau fungsi otak iaitu penyakit Alzheimer.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!