Perempuan Suka Travel Nampak Lebih Powerful Dan Bijak. Kenapa? - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Perempuan Suka Travel Nampak Lebih Powerful Dan Bijak. Kenapa?

Share

Tahu tak kenapa perempuan yang suka travel nampak berdikari, lebih bijak dan cepat menyesuaikan diri dengan orang ramai? Diorang juga banyak kawan dan mudah bergaul. 

Perempuan yang suka travel dan tak duduk diam ni sebenarnya banyak kelebihan. Peribadi yang baik dan banyak tips kehidupan yang boleh dipelajari daripada mereka. Nak tahu kenapa?

Prinsip Tersendiri

Selalu melihat sesuatu perkara dengan pandangan tersendiri. Bukan jenis judge tapi ada pendapat yang dia fikir. Contohnya macam, bawa baju yang diperlukan sahaja bukan nak OOTD. Tak bawa make up sebab nak kurangkan barang, bukan nak pergi photoshoot. Itu je. Orang kata jenis perempuan yang simple je.

 

Personaliti Menarik

Bukan cantik je tau tapi personaliti yang sangat menarik. Sebenarnya kita boleh rasa orang tu boleh diajak berbual ke jenis pendiam ke pemalu ke. Tapi perempuan yang suka travel ni biasanya jenis ramah dan happy go lucky. Jadi, jangan risau, diorang ni memang suka berborak. Buka je topik apa-apa mesti perbualan jadi panjang lebar.

 

Buat Apa Saja

Tak fikir apa orang fikir. Maksudnya macam ni, jenis tak kisah apa orang nak cakap janji hati sendiri happy. Perempuan yang suka berjalan ni selalunya jenis open minded dan tak peduli perkara remeh. So, apa yang jadi semua dia fikir positif. Baguskan?

 

Pandai Berdikari

Dah nama pun travel solo, mestilah pandai bawa diri. Perempuan yang macam ni tak cepat mengeluh, merengek atau complain sana sini. Beg yang berat pun boleh bawa sendiri. Kalau sesat pandai tengok peta atau tak takut tanya orang.

 

Suka Berjalan

Bila pergi mana-mana dah tahu tujuan dan tempat yang nak di tuju. Tak ikut itinerari atau team travel. Lebih suka jelajah sendiri dan sentiasa ada rancangan yang tak menyusahkan orang lain. So, ada kawan ke tak ada kawan ke bukanlah jadi masalah besar kepada mereka. Janji sampai ke tempat yang diorang pergi tu.

 

Berilmu

Pernah tak dengar mencari ilmu sampai ke negara China. Bukanlah kena pergi ke China dulu baru dapat ilmu tapi pergilah merantau untuk mendapatkan pelbagai pengalaman. Secara tak langsung, dapat ilmu pasal budaya, makanan, tempat menarik dan gaya hidup negara lain. Sebab tu, orang yang suka travel ni banyak ilmu kehidupan yang mereka pelajari dari pengalaman sendiri.

 

Update Media Sosial

Eh eh, bukan update merentan atau meroyan tak tentu pasal. Hanya update mengenai kisah perjalanan atau pasal travel je. Kawan-kawan pun terkejut bila dia gerak ke sana, ke sini. Tahu-tahu sampai. Yang paling penting, kawan-kawan pun tak ada yang cakap ‘tak ajak pun’ sebab tahu dah yang mereka bukan seorang yang heboh satu dunia untuk ke mana-mana.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!