Perkara Wajib Lakukan Jika Pasangan Anda Adalah Introvert Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Perkara Wajib Lakukan Jika Pasangan Anda Adalah Introvert

Share

Kita pasti mencari pasangan yang lebih kurang sama dengan personaliti kita atau minat yang sama supaya hubungan menjadi lebih mudah. Tetapi tidak salah pun sekiranya pasangan anda mempunyai personaliti yang berbeza, cukup hanya terima si dia seadanya dan saling melengkapi.

Tahu tak, jika pasangan memiliki personaliti berbeza membuatkan hubungan tersebut lebih meriah dan sentiasa mempelajari benda baru. Jadi, jangan takut jika anda seorang extrovert tetapi pasangan anda introvert. Jangan give up lagi, put some effort untuk harmonikan hubungan anda.

Belajar Menjadi Supportive

Si extrovert mempunyai fikiran lebih terbuka dan sentiasa bertenaga membuatkan mereka lebih ligat berbanding si introvert. Oleh itu, extrovert sukar untuk memahami kehendak pasangan yang introvert. Sebaiknya rajinkan diri bertanya pada si introvert, kerana ada masa mereka lebih selesa bersendirian. Sentiasa ingatkan pasangan introvert bahawa anda akan selalu berada disisi mereka.

Jangan Judge

Jangan sesekali judge pasangan introvert dan memaksa mereka berubah demi anda. Kelebihan mempunyai pasangan introvert adalah anda dapat belajar self-reflect dan self-sooth. Namun, sekali sekala anda juga perlu mengajar si introvert untuk mencuba lingkaran sosial lain seperti berjumpa orang baru dan menyertai aktiviti kumpulan.

Hormati Pendirian

Jangan ambil hati sekiranya pasangan introvert anda inginkan masa bersendirian kerana bersendirian itu merupakan best friend mereka. Bukannya mereka tidak sayang dan rimas dengan anda, cuma mereka lebih tenang jika berseorangan buat seketika. Sebelum anda merajuk, lebih baik anda slow talk dengan pasangan introvert untuk menemukan solusi yang sesuai supaya hubungan tersebut berjaya.

Open The Door

Sebagai extrovert anda lebih mahir memulakan stimulasi seperti perbualan, topic perbincangan dan merangka soalan untuk menjadikan satu perbualan menarik. Manakala introvert lebih suka berdiam diri dan lebih suka menjawab soalan sahaja. Namun perspektif introvert dalam memberi respon terhadap soalan agak berlainan dan inilah masanya untuk lebih memahami pasangan introvert yang mungkin anda dapat pelajari cara mereka berfikir.

Bertolak Ansur

Bertolak ansur adalah perkara penting dalam hubungan. Jangan mementingkan diri untuk memenuhi kehendak hati sebelah pihak sahaja, pastikan anda dan pasangan selesaikan masalah dengan penyelesaian win-win situation. Sekiranya ingin keluar date, rancang aktiviti yang boleh melibatkan dua belah pihak, ambil kira penglibatan pasangan introvert mengikut keselesaan mereka juga.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!