Perkara Yang Perlu Diambil Berat Untuk Majlis Perkahwinan - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Perkara Yang Perlu Diambil Berat Untuk Majlis Perkahwinan

Share

Persediaan menjadi raja sehari adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Anda pastinya mahukan perjalanan majlis yang lancar, dekorasi yang menarik dan baju yang sangat istimewa.

Kadang-kala keterujaan anda akan menjejaskan majlis yang anda dan pasangan impikan selama ini seperti tersalah memilih baju, tema atau dekorasi majlis yang melampau.

Jika anda mahukan kesempurnaan di majlis istimewa, semak perkara yang membuatkan majlis anda nampak eksklusif sebelum membuat sebarang tempahan.

Jangan Terlalu Ikut Trend

Jika anda seorang yang terlalu trendy, buang sedikit perasaan yang inginkan fesyen yang seiring dengan masa kerana tidak semua perkara sesuai dengan trend yang sentiasa update dan berubah-ubah.

Bergantung pada kesesuaian masa dan keadaan. Jangan sampai anda jadi mangsa fesyen.

Pelamin

Memandangkan pada zaman sekarang warna lembut atau warna pastel menjdi pilihan. Anda boleh memilih pelamin yang warna tidak terlalu ketara.

Warna-warna lembut akan memberikan kesan yang eksklusif dan teratur. Hal ini juga memudahkan jurugambar untuk mengambil moment anda semasa bersanding.

Warna Songket

Jika songket menjadi pilihan anda semasa bersanding, pilih warna yang tidak terlalu terang dan ketara. Untuk menampakkan songket anda eksklusif dan mahal, pilih warna yang lembut dan warna corak yang tidak terlalu berbeza.

Gunakan tona yang hampir sama.

Potongan Kain

Jenis potongan kain juga memainkan peranan penting. Disarankan kepada wanita yang mempunyai berat badan melebihi 50 kg, elakkan potongan kain jenis panel atau mermaid.

Potongan ini akan menampakkan paha anda besar.

Inai

Inai lukis atau henna seperti wajib di setiap majlis perkahwinan. Malam berinai selalunya bertemakan Bollywood.

Tidak salah memakai henna tetapi pilih corak yang tidak terlalu crowded atau berat kerana ia akan memotong mood esklusif anda.

Anak Tudung

Jika pakai tudung, wajiblah anda memakai anak tudung. Pemilihan anak tudung pun penting, jangan ambil perkara ini remeh.

Walaupun anak tudung berlabuci nampak menarik, tetapi elakkan memakai sewaktu anda menjadi raja sehari. Sebaiknya, pakai anak tudung biasa. Ia lebih evergreen dan minimal.

Material Tudung Atau Shawl

Elakkan memakai tudung jenis organza. Ia akan menampakan wajah anda bulat. Lebih manis jika anda memakai bawal biasa atau shawl yang mudah diurus. Pilih juga material kain yang selesa untuk anda.

Semasa majlis anda tidak perlu serabut untuk sentiasa membetulkan tudung.

Warna Tudung Atau Shawl

Jangan terlalu berani memilih warna tudung atau shawl yang berbeza dengan warna baju. Warna yang anda pilih perlu sama dengan details atau labuci baju.

Pengurangan warna kepada pengantin akan menaikkan seri pengantin. Jika terlalu banyak warna, anda nampak seperti biasa sahaja.

Veil

Memakai Veil Horse membuatkan anda nampak sarat dan kejung. Veil ini akan menutup posisi dan posture badan membuatkan anda nampak lebar.

Anda boleh menggunakan veil jenis fabrik tulle yang lembut dan mudah digayakan.

Mahkota

Sebagai raja sehari, pergerakkan anda perlu pantas dan selesa. Ketinggian mahkota yang anda pakai akan mempengaruhi pergerakkan.

Jika anda memakai tudung, anda tidak memerlukan mahkota yang tinggi, cukup sekadar menunjukkan anda seorang raja pada hari tersebut. Jangan sampai anda keras leher nanti.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!