Persediaan Dan Perkara Asas Perlu Buat Sebelum Anda Memelihara Kucing Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Persediaan Dan Perkara Asas Perlu Buat Sebelum Anda Memelihara Kucing

Share

Memiliki kucing sangat seronok tetapi menjaga kucing seperti menjaga bayi. Perlukan perhatian, masa yang cukup, makan minum, keperluan dan barang mainan untuk kucing bermain. Tidak semudah yang disangka, perbelanjaan juga akan meningkat.

Jadi sebelum membuat keputusan memelihara kucing, pastikan anda sudah bersedia menghadapi semua kemungkinan yang akan berlaku. Anda perlu tahu kucing yang bebas di luar rumah mempunyai risiko umur yang pendek berbanding kucing yang tidak keluar rumah. Penjagaan rapi dan belaian manja perlu diberikan.

Perbincangan

Perbincangan keluarga perlu dibuat supaya semua bersetuju dan bekerjasama untuk menguruskan hal-hal kucing. Tetapkan jadual tugas dan siapa yang perlu uruskan. Mandikan, memberi makanan, membersihkan pasir kucing, membawa kucing ke klinik dan sebagainya. Begitu juga jika anda tinggal bersama rakan-rakan. Tetapi kalau tinggal bersendirian, ia tidak menjadi masalah dan anda perlu menguruskan sendiri.

Persediaan Rumah

Sebelum anda memelihara kucing atau haiwan peliharaan lain, pastikan rumah anda tidak terdedah dengan bahaya dengan bahan racun tikus, racun serangga atau racun rumput. Bahan-bahan ini tanpa disedari akan membunuh kucing anda. Simpan alatan tajam, kecil dan keras di tempat yang selamat supaya kucing anda tidak tertelan, tercucuk atau luka. Selain itu, kemaskan cable, wayar tv, telefon, oven dan semua peralatan elektrik. Kucing suka mengigit, nanti terkena renjatan elektrik pula. Ubat-ubatan juga disimpan kemas. Jangan lupa yang merokok jangan biarkan bekas abu rokok merata-rata.

Perkara Asas

Sediakan keperluan asas kucing untuk keselesaan. Tempat tidur, bekas makanan dan minuman, permainan, tempat mencakar, bekas najis, pasir dan barang kebersihan kucing. Tetapkan tempat keperluan asas ini supaya kucing tidak membuang najis merata-rata dan makan di tempat yang di tetapkan sahaja.

Klinik

Anda mahu menjaga kucing dan anda perlu menjalankan tanggungjawab. Bawa kucing ke klinik untuk memeriksa kesihatan kucing. Vaksin dan berikan ubat cacing. Pemeriksaan kesihatan kucing perlu mengikut jadual dan anda perlu mengikut jadual yang ditetapkan. Kebersihan kucing juga mempengaruhi kesihatannya.

Masa

Untuk kucing baru, ia perlukan masa dan perhatian yang lebih. Pastikan anda mempunyai masa untuk bersama kucing. Sesi perkenalan dan bermesra dengan kucing sangat penting supaya kucing kenal tuan, kenali kawasan rumah baru dan tempat asas seperti tempat membuang najis, makan dan minum.

Latihan

Walaupun kucing bukan seperti anjing yang boleh dilatih tetapi kucing boleh mengikut perkara asas seperti membuang najis di tempatnya, makan dan minum di dalam bekas yang disediakan, tidak mencakar perabot dan mandi pada waktu yang ditetapkan. Perkara ini bukan mudah, anda perlu bersabar dan jadikan rutin yang konsisten supaya kucing biasa dan faham.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!