Persediaan Majlis Pertunangan Atau Perkahwinan, Tips Untuk Dulang Hantaran Yang Simple Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Persediaan Majlis Pertunangan Atau Perkahwinan, Tips Untuk Dulang Hantaran Yang Simple

Share

Bukan majlis perkahwinan sahaja yang mengeluarkan duit banyak, majlis pertunangan juga sama banyak dengan majlis kahwin. Tapi jika ada perkara yang boleh cut cost lebih elok. Jangan disebabkan ikut cakap orang, anda pula yang merana. Ada sampai tidak perlu kahwin kerana terlalu banyak perkara dan wang yang akan habis.

Jangan begitu, mungkin anda silap percaturan. Semua perkara boleh diselesaikan dengan baik dan pengurusan yang bijak. Yang penting jangan membazir kepada perkara yang remeh dan tidak perlu. Cuba dapatkan barang murah tapi nampak mewah, jangan barang mahal tapi nampak murah.

Bajet 

Bajet adalah perkara penting. Buat bajet dahulu sebelum anda dan pasangan mula membeli barang. Tetapkan bajet mengikut kemampuan. Perbelanjaan minimum dan maksimum untuk barang hantaran. Jangan terlalu murah sehingga nampak tidak ‘gah’ dan jangan terlalu mahal sehingga banyak pembaziran. Anda juga perlu mnegawal nafsu, jangan terlalu ghairah membeli barang hantaran nanti akan menjejaskan perbelanjaan lain. Ada 3 perkara penting yang perlu anda masukkan dalam bajet iaitu bajet hiasan setiap dulang, barang-barang yang ingin diberikan kepada pasangan dan upah menghias dulang atau barang untuk menghias.

Tema Dan Warna

Mesti anda ada tema dan warna untuk majlis nanti. Pastikan dulang hantaran mengikut konsep yang anda sudah pilih. Sebenarnya konsep majlis anda juga akan mempengaruhi barang hantaran. Jadi, pilih konsep yang sesuai dengan barang yang anda akan beli. Jika anda memilih konsep klasik tradisional, hantaran mestilah ada tepak sirih, bunga segar, bunga telur dan perkara yang berkaitan dengan tradisional. Jika memilih konsep taman, hiaskan dulang anda dengan bunga warna pastel, pot pori, kek cawan dan hiasan dulang moden untuk menaikkan lagi konsep yang anda pilih.

Jualan Murah

Rasanya mesti ramai yang sudah tahu tips ini. Semestinya beli barang hantaran ketika sale! Bukan setakat barang hantaran sahaja, anda boleh beli apa sahaja ketika jualan murah. Tetapi disebabkan anda memerlukan wang untuk majlis perkahwinan, jangan boros dan perlu jimat! Musim jualan murah di Malaysia bukan sekali dua, tetapi boleh dikatakan setiap perayaan akan ada jualan murah. Jadi, tidak perlu risau dengan harga yang dipaparkan sekarang, anda boleh tunggu jualan murah seterusnya dan beli beransur-ansur tidak perlu beli sekali gus untuk mendapatkan barang yang anda inginkan.

Barang Wajib

Ye, memang barang perlu mengikut konsep tetapi barang wajib juga perlu ada dalam dulang hantaran. Barang wajib adat melayu adalah tepak sirih, tapak cincin, mas kahwin, quran, sejadah dan telekung serta manisan seperti kek, coklat dan buah-buahan.

Banyak Dulang

Semakin banyak dulang, semakin bertambah bajet majlis. Mesti anda mahukan yang terbaik untuk majlis anda nanti. Jika terlalu banyak dulang, anda perlukan ramai dulang girls yang perlu memegang dulang. Bila ramai dulang girls, anda perlu sponsor kain atau baju untuk mereka. Ini akan menjejaskan perbelanjaan lain dan wang kecemasan ketika majlis. Tetapi jika anda mampu, teruskan. Ia bukanlah satu kemestian.

Jumlah Dulang

Kalau ikut adat melayu, jumlah dulang yang diberi dan diterima dalam angka ganjil. Bilangan balas mestilah lelaki lebih sedikit dari perempuan. Contohnya lelaki beri kepada perempuan 5 dulang dan perempuan akan membalas dengan 7 dulang. Tapi ia cuma adat, zaman sekarang ada juga yang beri dan menerima bilangan dulang yang sama.

Dulang Yang Sesuai

Barang yang diberi perlulah sesuai dengan dulang. Barang jangan terlalu besar sehingga tidak muat dulang dan juga dangan terlalu kecil sampai barang yang diberi tenggelam dengan hiasan dulang.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!