Persediaan Menyusu Bayi Di Tempat Awam - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Persediaan Menyusu Bayi Di Tempat Awam

Share

Susu ibu mempunyai 1001 kebaikan kepada bayi dan juga kepada ibu itu sendiri.

Keperluan bayi terhadap susu ibu dariapda hari pertama kelahiran sehingga berumur 2 tahun.

Namun, masih ada segelintir yang kurang pasti dengan khasiat susu ibu.

Ada juga malu menyusukan bayi di tempat awam kerana menganggap menyusu di khalayak ramai adalah perkara yang sangat tidak sopan.

Adakah ibu-ibu yang menyusukan anak perlu kurangkan aktiviti luar? Tidak dibenarkan bersiar-siar?

Jangan risau, ibu-ibu masih boleh melakukan aktiviti luar jika mengikuti beberapa tips ini.

Persediaan Awal
Pastikan ibu mengetahui destinasi yang dituju kerana ibu perlu merancang tempat untuk menyusu dan membawa keperluan bayi demi keselesaan.

Jika keperluan sudah disediakan, ibu tidak panik apabila bayi anak lapar.

Kain
Untuk memastikan orang sekeliling tidak nampak aktiviti menyusu, bawa kain selendang, selimut atau ‘nursing cover’ untuk menutup badan ibu semasa menyusukan bayi.

Selain itu, bawa juga kain kecil atau ‘napkin’ untuk mengelap lelehan susu.

Pakaian
Pakai pakaian yang sesuai. Jangan si ibu memakai ‘maxi dress’ atau ‘jumpsuit’ kerana akan merumitkan keadaan.

Pilih pakaian yang berbutang, zip atau ‘breast feeding friendly’ yang sudah banyak di pasaran.

Selain itu, pakai jenis baju dalam yang mudah dibuka seperti kelepet, butang atau berbelah.

Pakaian ini akan memudahkan ibu memberi susu kepada anak dan tidak perlu membuka pakaian.

Tempat
Tiada masalah jika ibu-ibu ke pusat membeli-belah kerana boleh dikatakan semua pusat membeli–belah di Malaysia sudah menyediakan bilik penyusuan.

Tetapi jika ibu pergi ke taman atau ke tempat terbuka yang tiada bilik penyusuan, ibu perlu mencari tempat yang sesuai dan sedikit tersorok.

Jika ibu di kedai makan, cari sudut yang membelakangkan pelanggan lain untuk keselesaan bersama.

Hak
Tiada siapa yang boleh menghalang ibu menyusukan bayinya.

Tiada undang-undang yang tertulis dilarang menyusu di khalayak ramai.

Jadi, ibu-ibu jangan risau dan berasa takut untuk memberi susu kepada bayi anda.

Ini adalah proses semulajadi yang dialami oleh wanita yang menyusukan anak.

Keperluan bayi juga tidak tentu berikan susu apabila bayi sudah lapar.

Walaupun banyak cabaran untuk meyusukan bayi, sebagai ibu berbanggalah kerana anda mampu menyusukan bayi dan menguruskan bayi dengan sempurna.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!