Pilih Cermin Mata Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Pilih Cermin Mata Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka

Share

Cermin mata penting kepada yang rabun penglihatan.

Bukan itu sahaja, cermin mata juga boleh menghalang mata anda daripada UV cahaya matahari, kurangkan kelesuan mata, menjaga kesihatan mata dan dijadikan sebagai aksesori tambahan.

Pelbagai bentuk dan gaya cermin mata yang telah wujud, tetapi adakah semua bentuk sesuai dengan muka anda?

Kenali gaya cermin mata mengikut kesesuaian bentuk muka untuk kelihatan lebih cantik dan bergaya.

Bentuk Muka Bujur Sirih

Ini adalah bentuk muka yang bertuah! Anda tiada masalah dengan kepelbagaian bingkai cermin mata.

Gayakan hari anda dengan pelbagai bentuk cermin mata. Hampir semua bingkai sesuai dengan bentuk muka begini.

Cari bingkai yang sama lebar dengan wajah anda. Tapi ingat, jangan sampai terlalu besar.

Bentuk Muka Hati

Bentuk muka hati lebih sempurna jika ditampilkan dengan bingkai cermin mata yang lebih relax dan sederhana.

Biasanya anda mempunyai dahi yang luas dan dagu yang runcing.

Jadi anda boleh memilih cermin mata tanpa bingkai atau berbentuk mata kucing (cat eye).

Bentuk Muka Bulat

Kepada si pemilik bentuk muka bulat, pilih bingkai cermin mata yang bersegi.

Elak memakai bingkai bentuk bulat kerana akan menyerlahkan lagi bentuk muka anda.

Pilih bingkai cermin mata empat segi akan memberi kesan lembut dan seimbang kepada muka anda.

Bentuk Muka Segi Empat

Ia berlawanan dengan bentuk muka bulat.

Bentuk muka segi empat boleh memakai bingkai bulat.

Selain itu, anda juga boleh memiliki cermin mata bentuk bujur atau mata kucing.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!