Pilih Warna Lipstik Sesuai Dengan Tona Kulit - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Pilih Warna Lipstik Sesuai Dengan Tona Kulit

Share

Sekarang terlalu banyak pilihan warna lipstik yang sudah berada di pasaran. Dari warna lembut hingga warna yang garang. Anda hanya perlu bijak memilih mengikut kesesuaian dan penampilan anda. Masalah tersalah pilih warna dan tidak sesuai dengan tona kulit sering berlaku terutama kepada yang masih ‘baru’ dalam bidang solekan. Jangan risau, pemilihan warna lipstik tidak semestinya mengikut tona warna kulit tetapi untuk mendapatkan penampilan yang lebih menyerlahkan seeloknya ikuti cara ini.

Tona Kulit Cerah

Tona kulit begini selalunya tiada masalah dengan pemilihan warna lipstik. Warna garang atau warna gelap sesuai mengikut penampilan dan tema. Jika pemilik tona kulit cerah, mahukan penampilan nampak lebih natural, anda boleh cuba warna lipstik merah jambu lembut, pastel atau pink magenta. Untuk penampilan yang simple dan easy, cuba warna nude seperti koral, krim atau peach. Penampilan yang lebih seksi dan berani, lipstik berwarna merah cerah, maroon atau merah-coklat akan menyerlahkan mood seksi anda.

Tona Kulit Medium

Tona kulit medium atau neutral tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah sesuai dengan warna lipstik pink tua dan pink-peach. Warna begini sesuai untuk penampilan yang perlahan dan lebih natural. Pada hari yang simple pula, anda boleh gunakan warna peach lembut dan peach gelap supaya nampak lebih relax. Untuk mood yang seksi, kenakan warna merah cili atau oren terang supaya lebih menonjol dan berani.

Tona Kulit Sawo Matang

Tona kulit ini mempunyai kelasifikasi warna dari sawo matang dan tan. Tona kulit sawo matang dan tan, gayakan warna pink pastel untuk penampilan yang lebih natural. Gunakan pula warna lipstik coklat muda atau peach gelap untuk penampilan yang simple dan elegant. Penampilan yang berani dan seksi, gunakan warna ungu magenta dan coklat-merah.

Tona Kulit Gelap

Jangan runsing kepada pemilik tona kulit gelap masih banyak pemilihan warna lipstik yang sesuai untuk anda. Gunakan warna ungu muda atau ungu tua untuk penampilan seharian anda kerana nampak semula jadi. Untuk hari yang simple, cuba kenakan warna coklat muda atau coklat tua. Anda juga boleh membawa mood seksi dengan warna ungu-merah atau merah bata. Jangan takut untuk mencuba.

Lipstik Merah Dan Tona Kulit

Pelbagai jenis warna lipstik merah membuatkan ramai keliru dengan pemilihan yang tepat. Merah cili, merah bata, merah maroon dan sebagainya. Semua wanita sesuai dengan warna merah tetapi jangan tersalah pilih.

Tona Kulit Cerah

Pilih merah yang sedikit perlahan seperti merah koral, merah raspberry atau merah anggur. Kulit yang putih pucat sesuai dengan warna begini kerana jika memilih warna merah terang membuatkan solekan anda yang lain tenggelam.

Tona Kulit Medium

Warna yang sesuai adalah merah cili atau merah jambu. Warna ini membuatkan anda lebih selamat dan tidak terlalu ketara.

Tona Kulit Sawo Matang

Lipstik merah yang sesuai dengan pemilik tona kulit sawo matang adalah merah cerah atau merah ceri. Ya, anda sesuai dengan merah yang terang untuk menonjolkan menampilan berani anda. Kenakan juga dengan solekan yang sederhana.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!