Punca Kerosakan Dan Penjagaan Mata Yang Betul - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Punca Kerosakan Dan Penjagaan Mata Yang Betul

Share

Mata yang sihat adalah anugerah paling terindah. Mata adalah daya penarik apabila dipandang.

Memiliki mata yang sihat, cantik dan menawan secara semulajadi adalah impian setiap manusia.

Ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan mata yang sihat.

Anda tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak. Sebelum amalkan tips penjagaan mata, ketahui punca kerosakan mata.

Punca kerosakan mata

Matahari
Pancaran cahaya matahari terus ke mata sebenarnya memberi kesan yang tidak baik. Sinaran ultra violet (UV) mampu membakar kornea mata dan retina.

Selain itu, terlalu terdedah dengan cahaya matahari juga akan menyebabkan katarak mata.

Komputer
Penggunaan komputer mempunyai had.

Rehatkan mata anda setiap 20 minit. Pengguna komputer yang terlalu lama membuatkan urat mata menjadi tegang, letih dan tidak peka kepada cahaya.

Otot mata semakin lemah apabila mata terlalu fokus dan terlalu lama menghadap cahaya.

Merokok
Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan.

Merokok juga merosakkan mata. Rokok mengandungi bahan kimia dan toksik yang tinggi.

Ia akan merosakkan retina dan menyebabkan sel-sel retina mati kerana sel tersebut terlalu sensitif.

Darah Tinggi Dan Kencing Manis
Kebanyakkan orang yang mempunyai darah tinggi dan kencing manis mempunyai risiko kerosakan mata.

Tekanan darah tinggi merosakkan pembuluh darah pada retina yang berada di kawasan belakang mata yang berfungsi sebagai memfokus kepada gambar.

Kerosakan mata disebabkan tekanan darah tinggi dikenali sebagai ‘hipertensi’.

Selain itu, kencing manis juga mengakibatkan retina mata rosak. Glukoma adalah faktor utama penglihatan menjadi kabur dan buta.

Pemakanan
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan rabun malam dan buta.

Manakala, kekurangan vitamin B12 pula menyebabkan pandangan menjadi kabur.

Elakkan makan makanan segera selain merosakan mata, ia juga menjejaskan kesihatan badan.

Penjagaan Mata

Lindungi Daripada Matahari

Anda disarankan memakai cermin mata hitam yang berkualiti dan mempunyai anti UV semasa melakukan aktivit luar.

Pastikan anda membeli cermin mata di kedai yang disahkan dan mempunyai optometris supaya mata anda dijamin selamat.

Bersenam
Bukan badan sahaja memerlukan senaman untuk sihat malah mata juga memerlukan senaman supaya otot mata tidak terlalu letih bekerja seharian.

Senaman ringan untuk mata adalah gerakkan mata ke kiri, kanan, atas dan bawah selama lima kitaran.

Senaman ini untuk merehatkan pandangan dan mengelakkan mata kering.

Tidur
Anda memerlukan tidur yang berkualiti sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari.

Kekurangan tidur akan menyebabkan mata menjadi sembap, lesu, tidak bermaya dan mempunyai lingkaran gelap bawah mata (eyebag).

Bersihkan Solekan
Bersihkan solekan bukan sahaja berfungsi untuk menyegarkan wajah, ia juga membuang segala bahan kimia pada wajah terutama mata.

Bersihkan kelopak dan bulu mata dengan perlahan untuk elakkan luka atau termasuk bahan bahaya untuk mata.

Minum Air
Seperti biasa, minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas atau 1 liter sehari akan membantu penjagaan kesihatan badan.

Air berfungsi sebagai penyejuk, pelincir dan pelarut nutrien ke seluruh tubuh.

Air yang cukup dalam badan akan mencegah kulit menjadi kering dan cepat berkedut.

Pemakanan Dan Rokok
Sayur dan buah-buahan mempunyai khasiat yang baik untuk mata.

Contohnya buah naga yang membantu menyihatkan dan melindungi kornea mata dan sayuran hijau yang kaya dengan vitamin C dan E mampu mengurangkan risiko katarak.

Elakkan merokok untuk mendapatkan mata yang sihat.

Penjagaan Tradisional dan Rohaniah
Amalkan petua yang diberi oleh nenek moyang.

Tidak salah mencuba kerana ada petua yang memberi kesan positif seperti hiriskan timun atau letakkan uncang teh yang telah digunakan di atas kelopak mata supaya mata lebih segar dan sejuk.

Tidak lupa juga menjaga mata dari segi rohaniah. Amalkan ayat-ayat suci Al-Quran untuk mengelakkan daripada pelbagai penyakit.

Sebagai contoh, ayat 22 dari Surah Qaf yang membawa maksud kuatkan pandangan dan hilangkan rabun mata.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!