Punca Kulit Rosak Tanpa Sedar - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Punca Kulit Rosak Tanpa Sedar

Share

Tahap kebersihan akan mempengaruhi keadaan sekeliling tidak mengira sama ada udara, pemakanan dan penjagaan diri. Walaupun anda menjaga pemakanan dan rutin harian yang sihat tetapi masih tidak dapat elak daripada bakteria yang merebak termasuk pada kesihatan kulit. Anda mungkin seorang yang prihatin terhadap kebersihan dan penjagaan kulit, tetapi masih lagi mempunyai masalah yang tidak dapat dikawal. Sering sahaja mempunyai jerawat, masalah liang pori, bintik hitam dan alergi.

Kadang-kala punca yang berlaku adalah daripada perkara yang anda tidak sedar. Setiap hari anda dikelilingi kuman mengakibatkan masalah pada kulit. Aktiviti harian anda adalah punca utama pembiakan bakteria. Apakah punca masalah ini berlaku? Baca punca masalah kulit dan ubah rutin harian untuk mengurangkan masalah ini.

Produk Kecantikan

Mungkin anda terlalu ghairah untuk mencuba pelbagai jenis produk kecantikan yang diiklankan seperti krim anjalkan kulit, anti penuaan, pemutih dan pemudar parut. Penggunaan produk yang banyak dan bercampur akan merosakkan kulit. Ada produk yang tidak sesuai dengan kulit tetapi anda cuba sehingga kulit anda rosak. Minimalkan penggunaan produk kecantikan dan pilih produk yang paling sesuai untuk kulit supaya ia berkesan dan tidak memudaratkan. Pastikan baca kandungan di dalam produk sebelum membeli.

Bersihkan Muka

Tabiat tidak membersihkan muka selepas bersolek atau selepas keluar rumah memang tidak elok. Jadi, jangan malas untuk mencuci muka tidak kira bersolek atau pun tidak. Sampai sahaja di rumah pastikan anda bersihkan muka, jika tidak kulit akan berminyak dan liang pori tersumbat. Itulah punca jerawat akan muncul! Jangan lupa tukar cadar dan sarung bantal.

Berpeluh

Individu yang gemar aktiviti mengeluarkan peluh dan aktiviti lasak sangat bagus untuk badan kerana mempunyai stamina yang tinggi, sihat dan bertenaga. Tetapi sering berpeluh akan menyebabkan gatal dan ruam pada kulit. Ruam terjadi dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap yang biasanya terjadi pada pelipat lengan, tengkuk, dada, belakang badan dan peha. Sebelum anda melakukan aktiviti, pakai pakaian yang mudah menyerap peluh. Selepas itu, bersihkan diri dan keringkan badan anda.

Penghawa Dingin

Kepada yang gemar menggunakan penghawa dingin tidak kira di pejabat atau di rumah, perasankah kulit anda cepat kering dan kusam? Ini kerana debu, habuk dan hama daripada penghawa dingin telah merebak ke dalam kulit anda. Anda tidak dapat melihat secara kasar tetapi kotoran ini dibawa oleh udara mengakibatkan alergi atau iritasi pada kulit. Sebaiknya kurangkan penggunaan penghawa dingin untuk kekalkan kelembapan kulit. Jika kulit terlalu kering dan menghilangkan kelembapan semula jadi kulit lama-kelamaan kulit anda rosak. Guna losyen yang sesuai untuk elak daripada kulit kering.

Pencemaran Udara

Di kala ekosistem semakin lemah, udara juga akan terjejas. Pencemaran udara semakin teruk berpunca daripada asap kenderaan, asap kilang, kebakaran hutan dan pembakaran terbuka. Sehubungan dengan itu, sebagai manusia juga akan terlibat secara tidak langsung dan memudaratkan kesihatan. Sisa kimia yang bercampur di dalam udara mengakibatkan kulit menggelupas, kering, kemerahan dan tona tidak sekata. Gunakan produk yang kembalikan kelembapan kulit dan melindungi daripada pencemaran.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!