Rajinkan Diri Makan Buah Kalau Nak Kulit Cantik Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Rajinkan Diri Makan Buah Kalau Nak Kulit Cantik

Share

Ramai orang cakap makan buah-buahan banyak kebaikan. Selain daripada menjaga kesihatan dalaman badan, makan buah juga membantu memberi kesan yang baik terhadap kulit.

Kebanyakan skincare juga menggunakan ekstrak buah untuk menghasilkan result yang paling baik kepada kulit terutama kulit muka. Di Malaysia macam-macam buah ada, setiap buah mempunyai khasiat tersendiri. Ini antara buah-buahan yang membantu mencantikkan wajah korang.

Pisang

Bukan buah pisang sahaja memberi kebaikan malah kulit pisang pun ada kebaikan. Kulit pisang boleh memudarkan kesan parut jerawat. Jika korang kerap makan pisang, kulit mesti kelihatan muda sentiasa dan tidak cepat kering.

 

Betik

Betik banyak mengandungi vitamin seperti vitamin A,B, C, folat, mineral dan asid pantothenik. Enzim yang terdapat dalam buah betik membantu menghalang kulit daripada rosak dan antibakteria.

 

Tembikai

Tembikai mengandungi kandungan air yang tinggi. Kandungan air dalam tembikai sebanyak 92%, 7.55% karbohidrat dan 0.4% adalah gula dan serat. Buah ini juga tidak mengandungi lemak dan kolesterol. Kaya dengan asid amino dan lycopene yang boleh menyumbang kepada kulit cantik dan sihat.

 

Epal

Epal menjaga kulit daripada mudah terbakar dan kusam. Selain itu, ia melambatkan proses penuaan. Sangat kaya dengan vitamin A dan C yang membantu untuk menjaga kulit daripada cepat rosak.

 

Delima

Delima memberi manfaat kepada kulit seperti mencegah daripada sinar UV dan pigmentasi. Vitamin C dalam buah delima menyokong sistem imun badan supaya lebih kuat dan percepatkan sembuh daripada luka.

 

Mangga

Ramai orang suka mangga. Mangga sebenarnya menyumbangkan banyak khasiat pada kulit. Lindungi DNA daripada rosak dan membantu mempercepatkan penyembuhan kulit. Makan je mangga banyak-banyak, okay?

 

Avokado

Kandungan lemak sihat dalam avokado membantu menganjalkan kulit dan kurangkan keradangan. Avokado memiliki lutein dan zeaxanthin yang melambatkan penuaan kulit dan melindungi daripada sinar UV. Walaupun harganya agak mahal, tapi berbaloi untuk mendapatkan kulit yang sihat.

 

Oren

Oren memang kaya dengan vitamin C. Oren membantu untuk menghalang kerosakan kulit, halang kerosakan DNA dan kurangkan keradangan.

 

Lemon

Secara semula jadi, lemon membantu menganjalkan dan mencerahkan kulit. Vitamin C yang terkandung dalam buah lemon boleh menyingkirkan toksin dan melindungi sinar UV.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!