Ramai Guna Lip Matte Untuk Daily Makeup. Ini Tips Pakai Lip Matte Supaya Tidak Mudah Pudar Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Ramai Guna Lip Matte Untuk Daily Makeup. Ini Tips Pakai Lip Matte Supaya Tidak Mudah Pudar

Share

Lip matte adalah lipstik yang tidak shine dan glossy tapi mempunyai tekstur yang pekat dan flat. Walaupun begitu, lip matte ni sangat in dengan fesyen sekarang.

Perempuan lebih gemar guna lip matte sebab nampak seksi dan menawan. Jangan risau, lipstik yang biasa korang pakai pun masih in trend bergantung pada majlis yang dihadiri. Disebabkan lip matte mempunyai tekstur yang pekat, korang kena tahu macam mana nak apply lip matte pada bibir supaya tidak nampak kering dan tahan lama.

Pelembap Bibir

Ini tips kepada yang mempunyai bibir kering dan merekah. Sebelum pakai lip matte, sapu nipis pelembap bibir atau lip balm terlebih dahulu. Biarkan beberapa saat dan baru boleh sapu lip matte.

 

Biarkan Kering

Tak semua lip matte terus kering, ada juga lip matte yang basah. Biarkan lip matte kering sendiri pada bibir. Jangan kemam bibir! Kalau korang kemam bibir masa masih tak kering, warna lip matte jadi tidak sekata.

 

Warna Tahan Lama

Tahu tak dengan membiarkan lip matte kering sendiri ia tidak mudah hilang selepas korang makan atau minum. Jadi tak perlu tambah lip matte setiap kali lepas makan.

 

Pilihan Yang Tepat

Pilih lip matte yang sesuai dengan bibir korang. Bukan warna yanf sesuai je, kalau lip matte menyebabkan bibir bertambah kering, elok tukar jenama. 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!