Ramai Yang Tak Tahu Pihak Hotel Bagi Hadiah Kepada Tetamu Yang Menginap - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Ramai Yang Tak Tahu Pihak Hotel Bagi Hadiah Kepada Tetamu Yang Menginap

Ain Huda
Share

Sempena masih lagi bercuti cuti Malaysia, mestilah korang banyak plan pergi ke tempat menarik. Kalau dah bercuti mestilah menginap di tempat yang selesa. Tempat paling selesa adalah hotel.

Dah selesa, boleh pula dapat souvenir dari hotel. Selain daripada toiletries dan air minuman, korang boleh bawa balik beberapa barang lagi. Bukanlah wajib ambil cuma tak salah kalau korang bawa balik. Inilah hadiah pihak hotel kepada korang yang menginap di bilik mereka.

Peta

Ini kalau korang melancong ke luar negara, wajib ambil peta untuk panduan perjalanan korang. Kalau melancong dalam negara tapi nak ambil juga pun tak salah. Silakan ambil.

 

Surat Khabar

Ada sesetengah hotel masih lagi menghantar surat khabar dari bilik ke bilik. Ada juga hanya disediakan di lobi hotel. Anda boleh ambil terus surat khabar tu. Tak perlu pulangkan semula, ya?

 

Alatan Menulis

Siapa hobi mengumpul poskad atau buku nota? Tahu tak, sebenarnya korang boleh ambil je alatan menulis yang disediakan di bilik penginapan. Poskad, buku nota, pensil atau pen. Tambah koleksi korang kumpul buku nota berjenama hotel.

 

Tisu

Tisu boleh bawa balik ye. Tisu yang letak dalam bilik air ke, yang letak atas meja ke, yang letak di meja kopi ke, selagi dalam bilik korang menginap, korang boleh ambil.

 

Selipar

Selipar bilik pun boleh bawa balik. Biasanya hotel empat bintang ke atas sediakan selipar, malah ada sediakan selipar yang comel macam boleh bawa berjalan. Mungkin sekarang hotel tiga bintang pun dah sediakan selipar bilik. Apa apa pun selipar bilik ni korang boleh bawa balik, pakai dekat rumah pula.

 

 

Laundry Bag

Laundry bag ni selalu orang panggil plastik baju kotor. Kalau lupa bawa plastik sendiri, guna laundry bag untuk letak pakaian korang yang dah pakai. Dan mestilah boleh bawa balik!

 

Alatan Mandian

Ini takkan korang tak tahu, mesti selalu ambil, kan? Syampu, sabun, shower cap, ubat gigi, berus gigi, sikat apa sahaja barang yang pihak hotel sudah pack kepada saiz kecil, korang boleh ambil. Pihak hotel juga akan meletak semula semua barang tu mengikut hari korang stay.

 

Botol Air Dan Minuman 3 in 1

Setiap bilik selalunya disediakan sekurang kurangnya dua botol air minuman bersaiz kecil dan beberapa jenis minuman 3 in 1. Apa tunggu lagi? Minum je sampai habis, boleh minta lagi. Kalau nak bawa balik pun boleh. Kalau ada mini bar dan makan lain, akan dikenakan bayaran. Ingat, hanya botol air minuman dan packet minuman 3 in 1 sahaja!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!