Raya Dah Dekat Gambar Mesti Nak Cantik, Ini Tips Nampak Tinggi dan Kaki 'Slim' Dalam Gambar - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Raya Dah Dekat Gambar Mesti Nak Cantik, Ini Tips Nampak Tinggi dan Kaki ‘Slim’ Dalam Gambar

Share

Ok, selain nak nampak kurus dalam gambar mestilah nak nampak tinggi juga barulah ala ala model gitu. Puas sorok lemak, tukar-tukar angle gambar still nampak tak menarik. Macam ada je tak kena, nampak gemuk la nampak kaki pendek la, nampak rendah la.

Nak nampak kurus senang je tapi nak nampak tinggi position kena tepat. Kalau dah memang tinggi tak banyak masalah sangat tapi yang nak acah-acah tinggi ni kena ikut tips yang disediakan.

Paha

Kalau bergambar, jangan kepit paha sebab nampak gemuk pada bahagian pinggul dan paha. Jarakkan sikit paha kiri dengan kanan supaya ruang tersebut memberi ilusi yang anda sebenarnya tinggi.

 

Duduk

Dah sedap makan segala juadah raya. Penat nak berdiri, sekali sekala mestilah ada gambar duduk. Tips nampak kaki panjang dalam posisi duduk, keluarkan kaki dan panjangkan sedikit. Gambar pula diambil dari bawah.

 

Silang Kaki

Untuk nampak lebih runcing dan tirus, silangkan kaki dan bergambar dari sisi. Jangan sesekali ambil gambar dari hadapan, nanti kantoi pula. Silang kaki dan jengkitkan kaki hadapan.

 

Tangan

Nak nampak tinggi bukan kaki je main peranan. Tangan pun kena bijak. Tolonglah jangan bergambar tangan macam menyanyi lagu kebangsaan. Cekak pinggang anda atau buat apa-apa pose untuk elakkan tangan anda ke bawah.

 

Dagu

Hah! Siapa tak tahu tips ini paling rugi. Jangan sesekali tunduk ketika bergambar. Nanti makin jelas double chin tu, make sure anda mendongak sedikit untuk nampak leher jinjang. Terbuktilah anda kurus.

 

Tips Swafoto

Tips tambahan adalah cara berselfie. Selfie pun tak nak nampak gemuk, jadi jangan pegang phone dekat dengan muka. Jarakkan sejauh mungkin. Seperti biasa, jangan ambil gambar dari aras bawah. Posisi muka anda juga jangan memandang tepat pada kamera. Cari posisi muka paling cantik dan ayu.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!