Risau Dengan Pertemuan Kali Pertama, Cuba 7 Perkara Ini - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Risau Dengan Pertemuan Kali Pertama, Cuba 7 Perkara Ini

Share

Anda tidak mempunyai masalah untuk bercinta cuma anda takut untuk keluar dengan orang baru.

Tidak kira anda dengan si dia bertemu melalui sosial media, kenalan daripada rakan-rakan mahupun kehendak keluarga.

Jangan takut untuk cuba berkenalan dengan lebih dekat. Tak kenal maka tak cinta.

Hilangkan rasa kekok dan janggal semasa pertemuan kali pertama.

Cuba langkah ini untuk detik perkenalan anda dengan si dia.

Bertenang Dan Senyum
Perkara paling penting adalah senyum.

Senyuman sangat penting untuk memberi kesan positif kepada orang lain.

Bukan sahaja untuk pertemuan kali pertama malah dengan sesiapa sahaja.

Untuk elakkan anda nampak gementar, sebaiknya anda berikan senyuman yang manis.

Jangan anda ‘senyum kambing’ pula.

Ucapkan ‘hai’ dan bertanya khabar untuk memulakan perbualan.

Topik Perbualan Ringan
Untuk permulaan, teruskan berbual mengenai perkara yang tidak terlalu ‘berat’.

Sebagai contoh, mengenai keadaan trafik dan cuaca seharian.

Anda juga boleh berbual mengenai pertemuan anda di laman sosial.

Jika anda dikenalkan oleh rakan-rakan, anda boleh menjadikan ia satu topik dan lanjutkan topik tersebut kepada hal-hal lain.

Mencari Persamaan
Cari persamaan anda dengan pasangan.

Mungkin anda mempunyai citarasa muzik yang sama, hobi yang sama dan pemikiran yang sama.

Mudah untuk anda mengenali satu sama lain dan ‘ngam’ secepat mungkin.

Tetapi, jangan risau jika minat anda dengan si dia berlainan.

Masa inilah anda bertukar pendapat, bertanyakan perkara baru dan mempelajari sesuatu daripadanya.

Ketahui Pekerjaan
Setelah anda mengenalpasti persamaan atau perbezaan pasangan, buka topik kerjaya pula.

Tidak salah tanya pekerjaan yang sedang dilakukan.

Ia juga membuat perbualan anda dan pasangan lebih panjang dan menarik kerana salah seorang akan bercerita.

Tapi ingat, jangan tanya tentang gaji si dia.

Sesetengah orang agak sensitif dengan soalan itu boleh membuatkan dia terus tidak berminat kepada anda.

Status Dan Pengalaman Lepas
Ceritakan mengenai status anda dan kongsikan sedikit kisah anda yang lalu.

Jangan terlalu ‘dalam’ kerana membuatkan pasangan anda tidak selesa dan tidak suka untuk mendengar kisah dahulu.

Ini bukan sesi kaunseling untuk melepaskan isi hati tetapi sekadar untuk pengetahuan si dia sahaja.

Keluarga
Opps! Bukan topik membina keluarga bersama, ia terlalu awal.

Tetapi ketahui latar belakang keluarga si dia.

Jangan jadi detektif, cukup bertanyakan mengenai ibu bapa, adik-beradik dan aktiviti mereka sekeluarga.

Tujuan bangitkan kisah keluarga ini untuk anda menilai si dia yang mungkin mementingkan keluarga atau tidak.

Di sini, pasangkan deria mendengar dan melihat gelagat si dia.

Tamatkan Dengan Baik
Tamatkan pertemuan kali pertama anda dengan baik.

Jika anda selesa bersama dia apa salahnya anda terus-terang mengatakan anda berasa senang bertemu kali kedua.

Jika anda dan pasangan saling berhubung selepas pertemuan pertama, mungkin si dia juga selesa bersama anda.

Itu adalah petanda yang baik, peratus yang tinggi untuk teruskan hubungan ke arah yang lebih ‘serious’.

Jangan lupa berikan senyuman yang manis dan lambaian ucapan selamat tinggal kepadanya!

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!