Sakit Leher Ni Sangat Menganggu, 4 Cara Redakan Lenguh Leher Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Sakit Leher Ni Sangat Menganggu, 4 Cara Redakan Lenguh Leher

Share

Setiap hari kerja menghadap komputer dan kertas kertas berselerak atas meja. Bukan sakit mata je, satu badan boleh sakit. Sakit leher selalu jadi punca bukan sebab bekerja je, tidur pun boleh menyebabkan sakit tendon, otot, saraf atau ligamen.

Jangan buat regangan yang bunyikan leher tu. Nanti tersalah bunyi leher terus tak boleh tegak. Takutnya! Jadi, apa yang korang kena buat untuk mengurangkan rasa sakit leher dan badan adalah cari orang yang mempunyai kemahiran.

Jangan Stress

Stress salah satu penyebab leher sakit dan bertambah teruk. Jangan paksa bahagian yang sakit bergerak dengan aktif. Untuk kurangkan rasa sakit, buat aktiviti ringan sementara waktu lepas tu, teruskan aktiviti korang macam biasa.

 

Urut

Seeloknya cari tukang urut yang tahu dan mahir untuk mengurangkan rasa sakit leher. Kalau buat sendiri, takut tersalah urat pula.

 

Buat Regangan

Tolak bahu ke depan dan ke belakang dengan tenang. Tekan bahagian lengkungan bahu secara bergilir gilir, kiri dan kanan. Buat secara perlahan dan jangan memaksa.

 

Akupunktur

Perubatan tradisional cina yang diamalkan sejak dahulu. Gunakan perkhidmatan pakar. Ia boleh mengurangkan rasa sakit di leher dan bahagian badan yang lain.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!