Sebalik Renungan Lelaki Ada Sesuatu. Belajar Cara-Cara Baca Fikiran Lelaki Daripada Renunganya - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Sebalik Renungan Lelaki Ada Sesuatu. Belajar Cara-Cara Baca Fikiran Lelaki Daripada Renunganya

Share

Sebagai perempuan, memang susah nak baca fikiran lelaki. Tidak kira dari segi pergerakan, percakapan atau nada suara, kita masih lagi was-was dengan apa yang mereka fikirkan. Susah betul!

Di sini, ada cara yang mudah untuk membaca perasaan dan fikiran lelaki. Lihat mata si dia, renungan matanya dan raut wajah. Membaca renungan si dia dapat membantu anda untuk faham dan tahu isi hati. Jadi, cuba lihat wajahnya dengan teliti apabila sedang berbual.

Suka Pada Anda

Apabila di majlis keraian, seorang lelaki sedang memandang dan memerhatikan anda dengan kening sebelah terangkat. Sangat menarik, kan? Sebenarnya dengan pandangan itu ia membawa maksud dia suka melihat anda. Jika anda sudah mempunyai pasangan, pandangan itu bermaksud si lelaki sedang memuji dan mungkin menaruh harapan kepada anda. Hati-hati ya, mungkin buaya darat!

 

Terlalu Sayang

Walaupun pasangan anda jarang ungkapkan ayat-ayat manis, bukan dia tak sayang atau tak ingat langsung. Mungkin ada masalah yang melibatkan anda dan dia. Nak tanya secara direct, dia takkan cerita. Jadi, apa yang anda perlu buat adalah pegang tangan si dia untuk menenangkan hati dan fikiran. Dengan sentuhan tersebut bahagian kinestetik pada otak terangsang dan membuatkan si dia akan membuka cerita dan berbincang.

 

Tengah Bersedih

Pernah ke tengok lelaki sedih? Jarang sekali! Susah betul lelaki nak mengaku yang mereka tengah bersedih tapi riak wajah dia kita boleh nampak. Sekejap nampak berfikir, sekejap berkerut-kerut dahi. Itu tanda-tanda dia sedang berfikir cara macam mana nak selesaikan masalah yang sedang dia hadapi. Mata dia pun tak secergas biasa. Tapi lelaki ni memang bijak buat muka tenang. Hanya kenalan rapat sahaja yang tahu bila dia ada masalah.

 

Tengah Menipu

Sebelum itu, perempuan jangan bertindak melulu. Setiap penuduhan perlu ada bukti kukuh. Jika si dia sedang bercerita mengenai sesuatu. Sebagai contoh, terjumpa kenalan lama di kedai makan. Anda tanya soalan selanjutnya, kalau dia menafikan apa-apa sambil mata berkelip sesaat dua, mungkin ada sesuatu yang dia tak ceritakan. Dia tidak sanggup memandang mata anda dengan tepat sambil bercakap. Perhatikan setiap saat! Anda juga perlu tenang dan mulakan siasatan!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!