Sebenarnya Mengapa Lelaki Perlukan Perempuan Dalam Hidup? - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Sebenarnya Mengapa Lelaki Perlukan Perempuan Dalam Hidup?

Share

Perempuan sering berfikir boleh hidup tanpa lelaki. Tapi pernah terfikir tak mengapa lelaki perlukan perempuan dalam kehidupan mereka? Sedangkan mereka lebih gagah dan kuat.

Sebenarnya ada tujuan mengapa kehidupan kita dicipta berpasangan. Bukan sahaja menjalinkan hubungan. Tetapi ada kepentingan dan keperluan lain.

Sumber Kekuatan

Perempuan adalah sumber kekuatan lelaki! Cuba tengok, semasa bujang, lelaki lebih manja dengan ibu dan luahkan rasa pada ibu mereka. Apabila sudah berkahwin, mereka akan meluahkan perasaan kepada pasangan pula. Wanita adalah sumber kekuatan emosi mereka. Lelaki menjadi lebih kuat untuk seorang wanita yang disayangi.

Mencintai

Kononnya lelaki tidak perlukan cinta dalam hidup. Ego yang tinggi dan tidak pandai meluahkan perasaan adalah sifat mereka. Sebenarnya lelaki memerlukan kasih sayang dan cinta daripada seorang wanita. Mereka juga perlu dimanjakan.

Peneman

Siapa kata lelaki tidak pernah sunyi? Walaupun mereka mempunyai ramai kawan, tetapi mereka perlukan seorang wanita yang mampu menjadi peneman setia di sisinya. Lelaki tidak banyak bercakap, lebih memendam rasa dan tidak bercerita. Dengan itu, seorang perempuan mampu memenuhi keperluan lelaki ketika mereka perlukan seseorang. Menjadi pendengar dan menjadi penasihat kepada mereka.

Menjaga

Dari segi kewangan, lelaki lebih terkawal dan bijak menguruskan. Tetapi tahukah anda sebenarnya lelaki sangat bergantung kepada perempuan untuk membantu dan memudahkan aktivit harian mereka menjadi lebih teratur. Walaupun mereka tidak mengatakan kebenaran ini, tetapi sebagai perempuan tahu menguruskan kehidupan seorang lelaki yang disayangi.

Di Masa Tua

Kan dah cakap lelaki manja. Mereka juga fikirkan kehidupan di masa tua. Mereka sememangnya perlukan seorang wanita untuk menjaga keperluan dan sokongan peribadi ketika waktu ‘senja’ mereka. Lelaki yang mengatakan tidak perlukan perempuan kerana mereka masih mempunyai daya tarikan, percayalah jika usia sudah meningkat, mereka perlukan seorang perempuan untuk menemani mereka. 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!