Selain Kurang Tidur, Ketahui Punca Lain Dan Cara Atasi Gelap Bawah Mata - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Selain Kurang Tidur, Ketahui Punca Lain Dan Cara Atasi Gelap Bawah Mata

Share

Lingkaran gelap bawah mata atau eyebag memang sering menjadi masalah kepada setiap orang. Bukan pada orang yang kuat bekerja menghadap skrin komputer je, pelajar pun akan mempunyai masalah yang sama.

Eyebag penyebab muka kita nampak kusam, penat dan tak bermaya. Asyik kena cover dengan concealer atau foundation setiap kali nak keluar. Tapi jangan risau eyebag ni boleh hilang kalau anda tahu cara mengatasinya. Sebelum belajar cara mengatasi masalah eyebag, ketahui puncanya terlebih dahulu. Check apa masalah yang berkaitan dengan anda.

Keturunan

Kalau keturunan, mungkin susah sikit nak hilang tapi kalau rajin dan usaha keras masih ada peluang untuk kurangkan. Janji, jangan malas! Oh, faktor usia pun akan menjejaskan mata kerana kulit semakin nipis dan kekurangan kolagen yang mengekalkan keanjalan kulit.

 

Kurang Air

Badan memerlukan air. Banyakan minum air kosong supaya badan tidak terhidrasi. Minum air yang cukup boleh mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. So, jangan lupa minum air secukupnya setiap hari.

 

Tidur

Punca utama eyebag sering dikaitkan dengan tidur tak cukup. Sebenarnya terlalu banyak tidur juga penyebab gelap bawah mata. Pastikan tidur anda cukup pada waktu yang sepatutnya. Bagi mata anda rehat yang berkualiti bukan tidur terlalu lambat atau waktu tidak menentu.

 

Rutin Skincare

Memang betul membersihkan muka setiap hari sangat penting untuk menjaga kebersihan kulit tapi bukan kebersihan mata. Faham tak? Maksudnya, jangan sapu skincare anda pada bahagian mata atau bawah mata. Gerakan kasar pada mata membuatkan pembuluh darah halus sekitar mata akan rosak. Kawasan mata sangat sensitif. Gunakan skincare yang khas untuk mata.

 

Aktiviti Harian

Jika pekerjaan anda menghadap skrin komputer saja, anda perlu rehatkan mata selang beberapa minit. Hias meja dengan tumbuhan hujau semula jadi. Jika anda terlalu memberi tekanan pada mata, mata jadi penat dan menyebabkan saluran darah sekitar mata membesar. Selain itu, jangan merokok! Merokok bukan punca eyebag sahaja, organ dalaman pun boleh rosak.

 

Cara mengatasi eyebag mudah sahaja. Ada yang menggunakan bahan semula jadi yang mudah didapati, ada juga yang boleh gunakan skincare atau krim yang ada jual di pasaran. Pastikan produk yang anda pilih bersesuaian dengan kulit anda.

 

Timun

Kenapa spa suka guna timun untuk merehatkan mata? Timun adalah soothing agent yang boleh melegakan kepenatan mata. Hiris timun dan sejukkan. Letak pada mata dalam 15 hingga 20 minit. Mata anda sejuk dan segar.

 

Uncang Teh

Anda boleh guna teh biasa tau teh hijau janji uncang! Lepas buat air, jangan buang dulu uncang teh tu, letak dalam peti biar ia lembap. Sebelum tidur, letak uncang teh pada mata. Ia membantu untuk kurangkan eyebag. Buat setiap hari pun takpe.

 

Susu

Gunakan susu full cream untuk mata. Sekali sekala manjakan mata anda dengan susu sejuk. Basahkan cotton pad dengan susu, letak pada mata sekurang-kurangnya 15 minit. Biarkan sampai kering.

 

AHC The Real Eye Cream For Face

Mempunyai vitamin B5 untuk seimbangkan kelembapan kulit. Ekstrak beras memberikan nutrien dan memelihara kulit sensitif.

 

NUTOX Youth Restoring Eye Refiner

Ia memberi kesan yang baik. Keseimbangan pH melindungi kulit secara berkualiti. Nutox Youth Restoring Eye Refiner sesuai dipakai untuk setiap peringkat umur. Anti-penuaan dan bebas daripada wangian.

 

AVENE Physiolift Eye Cream

Formula yang digunakan adalah dextran sulfate yang membantu kurangkan gelap bawah mata. Bahan aktif yang ditambah untuk melicinkan kulit dan menggebukan semula kulit.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!