Selalu Rasa Tak Puas Tidur? Ini Tips Tidur Berkualiti Yang Korang Boleh Amalkan Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Selalu Rasa Tak Puas Tidur? Ini Tips Tidur Berkualiti Yang Korang Boleh Amalkan

Share
Tidur adalah perkara penting dalam kehidupan. Kalau tak cukup tidur boleh membawa penyakit. Ada juga kes sampai boleh membawa maut! Pastikan korang dapat jumlah tidur yang cukup dan berkualiti. Orang dewasa memerlukan tujuh hingga lapan jam untuk tidur tapi rata-rata di Malaysia, orang dewasa tidak cukup jumlah jam tidur.

Walaupun jumlah jam cukup, tapi esok paginya korang still rasa mengantuk dan lesu. Ini disebabkan tidur tak berkualiti atau tidur tidak betul. Bukan hanya fokus kepada jam tidur sahaja, keselesaan dan aktiviti sebelum tidur pun kena ambil kira. So, baca tips tidur berkualiti untuk menjalani tugas esoknya dengan cergas.

Suhu Bilik

Pastikan suhu bilik tak terlalu sejuk atau terlalu panas. Sesuaikan dengan suhu badan korang. Kalau suhu bilik terlalu sejuk atau panas menyebabkan korang terjaga dan tidak selesa. Kualiti tidur akan terjejas. Paling elok, kalau ada aircond tetapkan suhu pada 25 darjah celcius.

 

Keselesaan

Keselesaan tempat tidur sangat penting. Gunakan bantal yang empuk dan padat. Tilam yang selesa dan cadar yang tidak panas. Kualiti tidur anda lebih terjamin dan bila bangun pagi taklah lesu.

 

Elak Guna Phone

Jangan amalkan guna handphone atau alat elektronik sekurang-kurangnya 40 minit sebelum tidur. Ia menganggu otak dan mata korang yang sentiasa bekerja. Cahaya daripada handphone menyebabkan hormon melatonin berhenti berfungsi. Hormon tersebut membantu otak supaya rehat tapi kalau dah mengadap phone je, macam mana otak nak rehat.

 

Elak Minum Kafein

Selalunya kalau nak stay up, mesti minum kopi atau minuman berkafein. Jadi, jangan minum kafein sekurang-kurangnya enam jam sebelum tidur. Satu dos kafein meningkatkan tenaga dan daya fokus seseorang. Kafein boleh bertahan dalam badan selama enam hingga lapan jam. Kalau korang minum sejam sebelum tidur, nampaknya memang korang akan cergas sampai lewat pagi. Lebih elok minum susu suam sebelum tidur.

 

Mandi

Tujuan mandi malam untuk menurunkan suhu badan dan membantu korang tidur lebih lena. Sebenarnya mandi malam merangsang hormon oksitosin yang membantu tenangkan fikiran daripada perkara di siang hari.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!