Sering Lapar Sebelum Period Datang - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Sering Lapar Sebelum Period Datang

Share

Siapa ada masalah kelaparan setiap bulan? Sebelum didatangi haid, perut anda sentiasa lapar atau cepat lapar walaupun tidak sampai sejam anda selesai makan. Selain mood tidak stabil, lemah semangat, serba-serbi tidak kena dengan pandangan, mudah menangis dan mahu marah pada setiap perkara yang berlaku adalah salah satu premenstrual syndrome bermaksud sindrom hendak datang haid.

Selera anda meningkat dan pola pemakanan anda juga berubah seperti mahu makan makanan manis, makanan ringan, terasa ingin menikmati kopi. Perkara ini berlaku kerana hormon estrogen dan progesteron yang tidak stabil semasa kedatangan haid. Selain itu, tubuh akan membakar kalori dengan lebih kerap sebanyak 15%.

Jangan risau, jika masalah kelaparan berlaku setiap bulan, pastikan anda lakukan perkara ini tanpa menganggu diet.

Sayangi Diri Sendiri

Turutkan sahaja keinginan hati anda. Jika lapar, makan. Jika sedih, menangis. Jangan anggap haid sebagai satu beban, lepaskan tekanan dengan lakukan aktiviti yang positif. Kawal nafsu amarah dengan berbual bersama kawan. Sentiasa menjaga mood sendiri. Jangan ikutkan hati marah kerana akan membuatkan orang sekeliling tidak senang.

Senaman Ringan

Setelah anda menikmati coklat dan kek, jangan lupa lakukan senaman atau pergerakan ringan. Paling mudah, cari masa terluang untuk berjalan lebih jauh. Jika anda daftarkan diri di kelas yoga atau zumba, ia sangat membantu kepada tubuh anda.

Makanan Ringan

Sebelum waktunya tiba, memang aktiviti mengunyah tidak akan berhenti. Dengan itu, pilih makanan ringan yang sihat dan sesuai tanpa mengubah pola diet anda. Makan kekacang seperti almond sebagai alternatif lain untuk mengawal nafsu makan. Gantikan juga dengan buah-buahan kegemaran dan sayuran yang mudah dibawa ke mana-mana untuk mengelakkan anda makan makanan yang tidak berkhasiat.

Jangan Bandingkan Dengan Orang Lain

Tanda-tanda kedatangan haid tidak sama untuk setiap wanita. Jangan bimbang jika anda mengalami situasi ini dan kawan-kawan anda tidak. Kepada yang tiada masalah ini, jangan pula anda mengutuk atau mengejek. Hormat perubahan hormon dan personiliti orang lain. Fahami mereka dan kawal emosi masing-masing.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!