Seronok Bercinta Dengan Gadis Chubby, Ini 4 Kelebihan Ramai Tidak Tahu - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Seronok Bercinta Dengan Gadis Chubby, Ini 4 Kelebihan Ramai Tidak Tahu

Hidayah Abdullah
Share

Hey chubby girl, siapa kata tidak ada lelaki yang minat awak? Tahu tak sebenarnya gadis chubby mempunyai ramai secret admire. Tak semua lelaki mengejar gadis yang mempunyai fizikal persis model. Masih wujud di luar sana para lelaki yang berpendapat bahawa gadis chubby mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Cuma mereka malu untuk confess kerana takut kena reject.

Mana tidaknya, agak-agak si gadis chubby nak percaya ke sekiranya ada lelaki berterus-terang bahawa mereka sukakan anda. Silap haribulan anda tuduh mereka hanya ingin mempermainkan perasaan anda sahaja. Sudah tiba masanya para gadis chubby buang jauh persepsi kalau gemuk tak layak bercinta! Sesiapa sahaja layak merasa bercinta dan mencintai kerana anda juga manusia biasa yang berhak mencari soulmate okay! Ramai tak tahu sebenarnya banyak kelebihan sekiranya memilih gadis chubby sebagai peneman hidup.

Karakter Menawan & Periang

Perasan tak gadis-gadis chubby tidak pernah lekang dengan senyuman manis mereka. Apabila tersenyum, pipi gebu mereka nampak seperti pau, sangat comel! Karakter mereka yang menarik serta sentiasa mempunyai aura positif pasti membuatkan pasangan berasa selesa dan gembira apabila bersama si gadis chubby. Mereka selalunya tidak akan bebankan pasangan dengan soalan seperti ‘saya gemuk tak?’, ‘awak rasa saya dah tak cantik ke?’. Kebanyakan gadis chubby embrace their beautifulness in a unique way!

Kill the Boredom

Jangan tak tahu kelebihan gadis chubby ialah mereka tidak pernah kering dengan idea untuk berbual. Ada sahaja topik yang ingin mereka kongsikan bersama pasangan. Sekiranya pasangan menghadapi masalah, si chubby ada sahaja cara untuk kembalikan mood pasangan. Salah satu sebabnya mereka mempunyai sense of humor yang power. Si chubby juga tidak suka berahsia, mereka cenderung untuk menceritakannya semuanya kepada pasangan apa yang tersirat di dalam hati mereka.

Suka Makan

Jangan risau dengan soalan ‘nak makan mana’, si chubby sudah sedia dengan senarai makanan dalam minda mereka dan pasangan hanya perlu drive sahaja ke destinasi. Paling best pasangan tidak perlu risau sekiranya terpaksa ikut diet strict sekiranya mendapat pasangan yang selalu on diet. Come on guys! Food make people happy. Jika ada makanan baru pasti si chubby dan pasangan akan mencubanya bersama-sama. So Sweet!

Supportive

Sisi lain si chubby, mereka sangat supportive terhadap sesuatu perkara yang mendatangkan kebaikan. Sekiranya pasangan ingin mencuba sesuatu yang baru pasti si chubby yang pertama bersorak tanda sokongan siap berkongsi beberapa idea yang berkaitan. Mungkin kerana mereka sentiasa berfikiran terbuka serta positif menjadikan mereka mudah menerima cadangan serta saranan. Sekiranya pasangan mengajak si chubby untuk bersenam demi kesihatan, pasti akan dituruti.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!