Serum Rambut Terbaik Untuk Dapatkan Rambut Yang Cantik Dan Sihat - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Serum Rambut Terbaik Untuk Dapatkan Rambut Yang Cantik Dan Sihat

Share

Mempunyai rambut yang lembut, cantik dan sihat memberi keyakinan diri kepada seorang wanita. Selain pergi dapatkan rawatan rambut ke salon secara berkala, anda perlu menjaga dan merawat rambut di rumah.

Dapatkan rambut yang cantik hanya menggunakan serum rambut. Serum rambut membantu rambut anda lebih segar, tidak rosak, tidak bercabang, terhidrasi dengan baik, mudah diuruskan, melebatkan rambut dan kuatkan rambut supaya tidak gugur.

Jika anda masih ragu-ragu serum rambut yang anda perlu beli. Lihat senarai serum yang sesuai dengan rambut anda.

Good Virtues Co Multiple Repair Hair Serum

Walaupun rambut anda diberi penjagaan yang rapi tetapi masih mempunyai masalah rambut kembang. Gunakan serum rambut ini yang diperkaya dengan minyak habbatus sauda organik dan vitamin E untuk membantu mengatasi masalah rambut bercabang, kering, tidak teratus dan menggembang.

Serum rambut ini bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, paraben dan warna sintetik. Rambut akan lebih lembut dan mudah diurus. Tiada lagi rambut mengembang.

Dove Nutritive Solutions Hair Fall Rescue Serum

Serum ini sesuai dengan rambut yang mudah gugur. Diformulakan dengan miromoisture untuk membantu mengurangkan keguguran rambut akibat rosak dan kering.

Serum ini juga memberikan kelembutan dan membaiki rambut yang rosak. Mempunyai rumusan yang ringan, tidak berminyak memberikan rambut anda kelihatan licin dan berkilat seperti semula jadi.

YOKO Intensive Hair Serum

Anda mempunyai rambut yang panjang dan kering sesuai gunakan serum ini. Serum ini kaya dengan vitamin A, D dan E. Mempunyai kandungan asid amino dan minyak serum asli yang dirumuskan daripada buah alpukat untuk membantu mengatasi rambut kering dan bercabang.

Serum rambut ini memastikan rambut anda sentiasa kekal terhidrat dan merangsang pertumbuhan rambut. Rambut anda lebih kuat dan lembut apabila disikit.

Yves Rocher Nutri Repair Anti-Breakage Strengthening Serum

Serum rambut ini mengandungi minyak jojoba untuk memberikan rambut lebih kuat dan merawat rambut rosak.

Minyak jojoba akan mengekalkan hidrasi pada rambut serta membaiki rambut rosak yang sering terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan serum ini untuk dapatkan rambut yang bersinar, kuat dan lembut.

Kerastase Resistance Serum Therapiste

Serum rambut sesuai kepada yang memiliki rambut yang tebal dan tidak terurus. Selain itu ia membantu rambut rosak menjadi lebih sihat dan kuat.

Kandungan asid amino dengan formula yang unik, serum ini memberi pelindungan haba sehingga 230c untuk elakkan hujung rambut bercabang dan pecah. Gunakan serum rambut ini supaya rambut lebih bermaya dan berkilat.

Mise En Scene Perfect Serum Rose Edition

Serum rambut ini mempunyai campuran ramuan royal jelly, minyak argan dan air mawar. Selain membaiki rambut, ia juga adalah serum rambut anti-frizz atau mengelakkan rambut menjadi kembang dan kering.

Menggunakan teknologi meterai sutera, membantu rambut anda menjadi licin dan tidak kusut. Serum rambut yang mengeluarkan edisi ros ini akan mengharumkan rambut dan mencantikkan rambut anda.

Arimino Mint Treatment Serum

Jika anda sering merawat rambut menggunakan rawatan kimia seperti meluruskan rambut atau kerintingkan rambut, serum ini sesuai digunakan kerana ia akan kekalkan kesegaran dan kesihatan rambut. Campuran daun pudina memberi rasa sejuk untuk mengelakkan rambut jadi kering.

Selain itu dapat menyegarkan kulit kepala. Ia berfungsi sebagai pelindung daripada haba yang panas selepas membuat rawatan rambut dan melindungi rambut daripada bawah sinaran matahari. Serum ini segera meresap ke akar rambut untuk proses pembaikan. Hasil daripada itu, rambut anda semakin sihat dengan gaya rambut yang anda pilih.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!